Litium-ion adalah teknologi bateri yang digunakan secara meluas sekarang — ada dalam telefon pintar dan laptop anda sebagai contoh. Walaupun teknologi yang lain seperti cip pemprosesan dan skrin paparan telah laju berkembang, teknologi bateri masih lagi tersangkut pada teknologi litium-ion yang telah lama digunakan ini. Teknologi litium-udara yang direka oleh saintis dari Universiti Cambridge di UK ini mungkin mengubahnya. Dengan kuasa yang boleh mencapai 10x kuasa bateri litium-ion, telefon pintar anda mungkin boleh hidup tanpa perlu dicas selama seminggu jika menggunakan bateri litium-udara ini.
Selebihnya »