Tag Archives: Teknologi

Teknologi ‘Stealth’ China Boleh Sembunyikan Pesawat Dengan Lebih Baik

Pesawat jet pejuang stealth (bermaksud secara senyap-senyap menurut kamus dewan DBP) seperti F-22 Raptor (gambar di atas) milik tentera Amerika Syarikat dan Sukhoi PAK FA milik tentera Rusia mempunyai kebolehan untuk sembunyi dari dikesan oleh radar. Teknologi stealth pesawat militer mengelak dari dikesan radar sama ada dengan memantulkan isyarat jauh dari penerima radar melalui geometri unik badan pesawat atau menyerap terus gelombang radar melalui sejenis bahan khas. Walau bagaimanapun, ia tetap boleh dikesan jika radar frekuensi-ultra-tinggi (UHF) digunakan. Saintis dari China telah berjaya mengatasi kelemahan itu dengan ‘kulit’ stealth yang dibangunkan mereka.

Selebihnya »

Sistem Osmosis Berbalik Solar Untuk Air Bersih Di Perkampungan Terpencil

Air yang bersih untuk diminum bukanlah satu kemudahan yang dinikmati oleh semua manusia di dunia ini terutamanya bagi yang tinggal di negara mundur dan perkampungan yang terpencil. Usaha dari penyelidik di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Amerika Syarikat ini boleh membantu untuk mengubah keadaan ini. Mereka telah membina satu sistem osmosis berbalik yang dikuasai oleh tenaga solar dan menempatkannya di La Mancalona, sebuah kampung terpencil di dalam hutan semenanjung Yucatan, Mexico. Sistem sebesar sebuah pondok kecil ini mampu menghasilkan 1,000 liter air bersih sehari — cukup untuk bekalan sebuah kampung dengan sekitar 450 orang penduduk.

Selebihnya »

Sistem Pintar Untuk Penjara Sedang Diuji Oleh PDRM

Pihak Polis Diraja Malaysia sedang menguji satu sistem pintar untuk membantu mereka menjaga lokap atau penjara di Malaysia dengan lebih efektif. Sistem yang dibangunkan bersama oleh MIMOS — syarikat penyelidikan ICT negara — dan PDRM ini menggunakan algoritma khas untuk menganalisa rakaman dari kamera yang dipasang di dalam sel, koridor dan sepanjang perimeter lokap. Algoritma khas oleh sistem yang diberi nama SMART (Teknologi Pemantauan-Sendiri Laporan Analisis) itu boleh mengesan tingkah laku banduan seperti memanjat, pergaduhan, cubaan membunuh diri dan vandalisma dan kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa. 

Selebihnya »

Lensa Night Vision Ultra-Nipis Untuk Semua

Gogal Night Vision atau penglihatan malam — alat yang dipopularkan oleh filem bersiri Predator untuk melihat musuhnya di dalam kegelapan malam. Alat yang dalam realitinya telahpun digunakan oleh tentera, polis dan yang lain adalah besar, berat dan di luar kemampuan orang ramai untuk memilikinya. Tetapi, dengan menggunakan sejenis bahan bernama grafen (graphene), penyelidik dari MIT dapat menghasilkan alat penglihatan malam yang kecil seperti cermin mata biasa dan pada harga yang mampu dimiliki orang ramai.

Selebihnya »

Misteri Pertama Hasil Projek Imbas Piramid di Mesir

Sekitar dua minggu yang lepas, Projek Imbas Piramid telah dilancarkan untuk mengimbas piramid-piramid di Mesir menggunakan teknologi canggih pengimbas infra-merah dan pengimbas muon. Menggunakan teknologi imbasan canggih yang mampu mengimbas bukan sahaja bentuk luaran, tetapi juga segala bentuk dan ruang dalaman piramid itu mungkin dapat merungkai lagi pelbagai misteri piramid yang masih belum terjawab. Awal minggu ini, kumpulan penyelidik projek itu telah mengumumkan penemuan satu tompok haba yang menonjol — mungkin petanda ruang kosong — di dalam Piramid Khufu (piramid terbesar di sana).

Selebihnya »

Tiada Makhluk Asing Di Bintang Misteri Itu

Pada tiga minggu yang lepas, dunia digemparkan dengan berita tentang teori yang mungkin adanya hidupan asing di sistem solar satu bintang di galaksi Milky Way kita. Mengikut kajian ahli astronomi yang mengemukakan teori itu — tiada bukti kewujudan makhluk asing yang dapat ditemui di sistem solar bintang yang diberi nama KIC 8462852 itu.

Selebihnya »