Tag Archives: Teknologi

China Mahu Mendarat Di Bahagian Gelap Bulan

Bahagian gelap bulan atau dikenali juga dengan panggilan ‘dark side of the moon‘ adalah bahagian bulan yang tidak pernah bersemuka dengan muka bumi. Ini terjadi kerana kelajuan putaran bulan di atas paksinya adalah sama dengan kelajuannya mengorbit bumi. Sehingga sekarang tiada negara yang pernah mendarat apa-apa objek di sana. China mahu menjadi yang pertama.

Selebihnya »

Senjata Laser Menembak Jatuh Dron Di Udara

Menembak musuh dengan menggunakan pistol laser adalah sesuatu yang kita selalunya hanya dapat lihat di dalam filem sci-fi atau di dalam game komputer. Boeing baru-baru ini menguji sistem senjata laser mereka dengan menembak jatuh sebuah dron ujian yang sedang terbang di udara. Hanya 15 saat diperlukan oleh sistem senjata laser itu untuk mencari dan menembak jatuh sasaran.

Selebihnya »

Angkasawan Di Angkasa Mengawal Rover Di Muka Bumi

Anda diarahkan untuk memasukkan silinder besi ke dalam lubang. Bunyinya mudah bukan? Bagaimana jika anda perlu mengawal robot untuk melakukan tugas itu? Andreas Mogensen, angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA) baru-baru ini mengawal rover (robot pengembara) yang berada di muka bumi untuk melakukan tugas itu – dia pula berada jarak 400km jauh ke atas, mengorbit bumi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Selebihnya »

Mabuk Laut Mungkin Boleh Dirawat Dengan Telefon di Masa Depan

Jika anda adalah jenis yang boleh mabuk semasa menaiki bot atau di dalam kereta (terutamanya bila naik ke Cameron Highlands), ini adalah berita baik untuk anda. Sekumpulan penyelidik dari Imperial College London telah berjaya menemui cara untuk merawat keadaan mabuk sebegitu dengan mengenakan arus elektrik yang kecil pada kepala.

Selebihnya »

Alat Navigasi Yang Membantu Anda Bergerak Melalui Sentuhan

Satu alat yang berubah bentuk untuk membantu penggunanya bergerak ke arah yang ditujui dihasilkan oleh Adam Spiers, pelajar bidang robotik dari Universiti Yale. Alat yang dinamakan Animotus itu dihasilkan melalui 3D print dan diharapkan dapat membantu orang yang cacat penglihatan sebagai alat navigasi mereka terutamanya sewaktu di persekitaran yang bising.

Selebihnya »

Toyota Ingin Komputer Membantu Anda Memandu Dengan Selamat

Kereta pandu-sendiri adalah satu bidang yang sedang pesat dibangunkan oleh kebanyakan syarikat-syarikat besar pengeluar kereta seperti BMW, Volvo dan Tesla. Walaubagaimanapun, Toyota mempunyai idea yang berbeza dengan masa depan pemanduan. Toyota ingin membangunkan sistem komputer yang lebih bijak untuk membantu anda memandu dengan lebih selamat.

Selebihnya »

Sut Bionik Membantu Pesakit Lumpur Berjalan Semula

Mark Pollock adalah merupakan pesakit lumpuh pertama yang berjaya berjalan semula dengan sendirinya melalui bantuan sut bionik. Sut bionik hasil ciptaan penyelidik dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) di Amerika Syarikat mampu membantu pesakit lumpuh seperti Mark Pollock berdiri dan berjalan melalui peranti bionik yang menyokong kaki pesakit dan membantu mereka bergerak.

Selebihnya »

Tenaga Elektrik Sebagai Ubat di Masa Depan

Cuba anda bayangkan rawatan menggunakan alat elektronik yang bersaiz lebih kecil dari sebutir nasi ditanam di dalam badan anda untuk memulihkan penyakit. Konsep seperti sains fiksyen ini dipanggil sebagai perubatan bioelektronik dan sedang dikaji oleh para penyelidik di seluruh dunia. Perubatan bioelektronik ini mempunyai potensi untuk merevolusikan cara merawat penyakit kronik seperti asma, atritis dan diabetes.

Selebihnya »