Tag Archives: Teknologi

VIDEO : Robot Dibuli Oleh Manusia, Demi Sains

Atlas adalah antara salah satu robot yang mengagumkan hasil rekaan Boston Dynamics. Atlas adalah antara robot yang paling banyak digunakan sebagai asas rekaan bagi peserta-peserta Cabaran Robotik DARPA pada tahun lepas. Robot Atlas versi terbaru ini jauh lebih baik dari robot-robot yang asik terjatuh pada cabaran robotik itu.

Selebihnya »

Peta Permukaan Marikh Yang Direka Untuk Orang Awam

Ordnance Survey, agensi pemetaan rasmi kerajaan British buat pertama kalinya telah menghasilkan peta permukaan yang bukan dari bumi. Menggunakan data dari NASA, mereka telah menghasilkan peta permukaan planet Marikh yang mudah difahami oleh orang ramai.

Selebihnya »

Rumput Plastik Di Atas Bumbung Ini Boleh Menjanakan Elektrik

Teknologi hijau di atas bumbung rumah bukanlah sesuatu yang baru. Panel solar adalah antara yang paling biasa digunakan di atas bumbung rumah sama ada untuk memanaskan air untuk mandi atau menjana tenaga elektrik untuk digunakan sendiri. Teknologi yang dibangunkan bersama oleh saintis dari China dan Amerika Syarikat ini pula bukan sahaja boleh menjanakan tenaga elektrik, tapi boleh menghijaukan bumbung rumah anda sekali — rumput plastik yang boleh menjanakan tenaga elektrik apabila ditiup oleh angin. Dibangunkan bersama oleh Southwest Jiaotong University dari China dan Georgia Institute of Technology dari Amerika Syarikat, teknologi yang diberi nama penjana turboelektrik (TENG) ini menjanakan tenaga elektrik apabila sebelah permukaannya yang disalut dengan wayar-nano bertemu dengan sebelah lagi permukaan helaian rumput plastik berhampirannya yang disalut dengan indium tin oksida setelah ditiup oleh angin. Penjanaan elektrik sebegini adalah sama dengan prinsip yang menyebabkan elektrik statik. Kumpulan saintis itu mengatakan bahawa TENG ini sesuai digunakan di kawasan di mana anginnya selalu berubah arah dan juga di lokasi yang tidak sesuai untuk meletakkan kincir angin.

Selebihnya »

Nombor Sepanjang 22 Juta Digit Ini Adalah Nombor Perdana Terbesar Yang Dijumpai Setakat Ini

Masihkah anda ingat apa itu nombor perdana? Bagi yang sudah lupa, nombor perdana adalah nombor yang hanya boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri sahaja — sebagai contoh, 2, 3, 5, 7, 9, 11, 13 dan 17. Satu komputer di Missouri, Amerika Syarikat baru-baru ini telah menjumpai nombor perdana yang terbesar setakat ini — 274,207,281– 1. Nombor itu mengandungi 22 juta digit, 5 juta digit lebih panjang berbanding nombor perdana terpanjang yang dijumpai sebelum ini pada Januari 2013.

Selebihnya »

Logam Lutsinar Ini Boleh Digunakan Sebagai Skrin Paparan TV Dan Telefon

Penyelidik dari Pennsylvania State Universiti di Amerika Syarikat telah berjaya menghasilkan sejenis logam lutsinar yang boleh digunakan untuk membuat televisyen, skrin paparan telefon pintar, cermin tingkap pintar dan sel solar dengan murah dan efisen. Lebih dari 90 peratus skrin paparan sekarang dihasilkan berasaskan indium tin oksida (ITO) — sejenis bahan yang mahal dan boleh menyumbang sehingga sekitar 40 peratus daripada kos keseluruhan sebuah telefon pintar ataupun tablet. Logam lutsinar ini mempunyai ketelusan optik, konduktiviti elektrik dan kecekapan proses pembuatan (manufacturing) yang sepadan dengan ITO, menurut penyelidik dari universiti itu.

Selebihnya »

Beg Yang Boleh Menyekat Letupan Di Dalam Pesawat

Kejadian seperti kemalangan pesawat awam Rusia pada Oktober lepas yang disyaki terjadi akibat letupan bom di dalam pesawat mungkin dapat dibendung pada masa depan dengan hasil ciptaan terbaru ini. Fly-Bag yang dibangunkan oleh saintis dari Universiti Sheffield di UK ini boleh menyekat letupan bom di dalamnya dari merosakkan persekitaran di luar beg tersebut.

Selebihnya »