Tag Archives: Teknologi Hijau

Konsep Halimunan Untuk Tingkatkan Kecekapan Panel Solar

Tahukah anda bahawa teknologi panel solar yang ada sekarang hanya mampu menukarkan 20% dari tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik? Salah satu faktor mengapa kecekapan teknologi panel solar serendah begitu adalah sepuluh peratus dari panel solar selalunya dilindungi dari cahaya oleh jejari besi (untuk meningkatkan konduksi pada panel solar). Sekumpulan penyelidik dari Institut Teknologi Karlsruhe (KIT) di Jerman ingin menggunakan konsep halimunan sebagai penyelesaian kepada masalah ini.

Selebihnya »

London Menjana Elektrik Dari Tenaga Brek Kereta Api

Tenaga elektrik di stesen kereta api bawah tanah London kini dijana sepenuhnya dari tenaga brek kereta api mereka untuk dua hari dalam seminggu. Dilaporkan bahawa lima peratus dari bil tenaga tahunan dapat dijimatkan dengan inovasi terbaru ini — bersamaan dengan lebih kurang 6 juta Pound Sterling setahun. Menggunakan teknologi yang dipanggil sebagai sistem inverter (penyongsang) bagi penjanaan tenaga elektrik tersebut, ia diuji terlebih dahulu selama lima minggu di aliran Victoria bagi London Underground (LU).

Selebihnya »

Immortus – Sportscar Pertama Dunia Dikuasai Tenaga Solar

Sebuah syarikat startup kereta elektrik dari Australia bernama EVX dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne, Australia sedang membangunkan sportscar pertama di dunia yang dikuasai oleh tenaga solar. Walaupun kereta ini boleh juga dicaj tenaganya dari sumber elektrik di rumah, dengan bumbung yang dipenuhi panel solar, Immortus akan dapat dibekalkan dengan tenaga yang banyak untuk perjalanan panjang di jalan raya. Website EVX dengan bangganya menyatakan “Kebolehan untuk bergerak dengan kuasa matahari dan membekalkan tenaga tersebut untuk kegunaan lain masa menjadikannya sebagai kereta yang dapat bertahan tanpa batasan secara praktikalnya.” 

Selebihnya »

Kuasa Angin Sepenuhnya Untuk Kereta Api Elektrik Belanda Dalam Tiga Tahun

Berdasarkan satu perjanjian pada tahun 2014, kereta api elektrik di Belanda akan dijanakan kuasa elektriknya oleh kuasa angin bermula dengan 50 peratus jumlah kesuluruhan pada tahun 2015 hingga ke sepenuhnya pada tahun 2018. Railway Technology melaporkan perjanjian ini akan melihat kereta api yang kuasa elektriknya dijanakan sepenuhnya oleh kuasa angin pada tahun 2018 dimana ladang-ladang kincir angin yang terbabit bukan sahaja dari negara Belanda  tetapi juga dari negara Belgium, dan negara-negara Skandinavia bersebelahan.

Selebihnya »