Tag Archives: Teknologi Hijau

Rumput Plastik Di Atas Bumbung Ini Boleh Menjanakan Elektrik

Teknologi hijau di atas bumbung rumah bukanlah sesuatu yang baru. Panel solar adalah antara yang paling biasa digunakan di atas bumbung rumah sama ada untuk memanaskan air untuk mandi atau menjana tenaga elektrik untuk digunakan sendiri. Teknologi yang dibangunkan bersama oleh saintis dari China dan Amerika Syarikat ini pula bukan sahaja boleh menjanakan tenaga elektrik, tapi boleh menghijaukan bumbung rumah anda sekali — rumput plastik yang boleh menjanakan tenaga elektrik apabila ditiup oleh angin. Dibangunkan bersama oleh Southwest Jiaotong University dari China dan Georgia Institute of Technology dari Amerika Syarikat, teknologi yang diberi nama penjana turboelektrik (TENG) ini menjanakan tenaga elektrik apabila sebelah permukaannya yang disalut dengan wayar-nano bertemu dengan sebelah lagi permukaan helaian rumput plastik berhampirannya yang disalut dengan indium tin oksida setelah ditiup oleh angin. Penjanaan elektrik sebegini adalah sama dengan prinsip yang menyebabkan elektrik statik. Kumpulan saintis itu mengatakan bahawa TENG ini sesuai digunakan di kawasan di mana anginnya selalu berubah arah dan juga di lokasi yang tidak sesuai untuk meletakkan kincir angin.

Selebihnya »

Lampu Dikuasakan Oleh Nutrien Tanah Untuk Perkampungan Terpencil Di Peru

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh penyelidik untuk memberi kemudahan kuasa elektrik bagi penduduk di perkampungan yang terpencil di seluruh dunia. Usaha yang terbaru dari penyelidik dari Universiti Teknologi dan Kejuruteraan (UTEC) di Peru ini adalah sesuatu yang sangat menarik. Mereka berjaya menghasilkan lampu LED yang dikuasakan oleh nutrien dari tumbuhan dan tanahnya untuk penduduk kampung Nuevo Saposoa di kawasan perdalam hutan di Peru. Dinamakan Plantalámpara — bahasa Sepanyol untuk lampu tumbuhan, lampu LED yang terang ini boleh hidup selama 2 jam sehari.

Selebihnya »

Saintis Berjaya Mencipta Litar Elektronik Di Dalam Bunga Ros

Cyborg — hidupan (selalunya manusia) yang mempunyai alat elektronik di dalam badannya, bukanlah sesuatu yang baru dalam bidang sains. Saintis dari Sweden baru-baru ini telah berjaya menghasilkan satu cyborg yang lagi hebat daripada yang pernah ada sebelum ini. Bunga ros dengan litar elektronik yang ‘tumbuh’ sendiri di dalamnya.

Selebihnya »

Separuh Maghribi Bakal Dikuasai Oleh Solar Menjelang 2020

Bermula dengan Noor 1, stesen janakuasa 160 MW, Maghribi akan menjadi penjana kuasa elektrik solar terbesar di Afrika menjelang 2020. Projek Noor yang bernilai $9 billion itu akan memakan ruang sebesar Rabat — ibu kota Maghribi — dan menjana sebanyak 580 MW kuasa elektrik, cukup untuk kuasakan satu juta rumah.

Selebihnya »

VIDEO : Kereta Back To The Future Ini Boleh Drift Tanpa Pemandu

Selamat hari Back to the Future! Bagi yang kurang faham, 21 Oktober 2015 adalah tarikh dimana Marty McFly dan Doc Brown datang ke ‘masa depan’ dengan kereta model DeLorean mereka dalam filem Back to the Future II. Revs Center dari Universiti Standford di Amerika Syarikat telah membuat modifikasi ke atas kereta model DeLorean supaya ia boleh bergerak dengan dikuasakan oleh enjin elektrik tanpa pemandu dan mampu melakukan aksi drift. Nama yang diberikan mereka kepada kereta itu — MARTY (Multiple Actuator Research Test bed for Yaw Control).

Selebihnya »