Tag Archives: Stanford

Saintis Kaji Obor-obor Untuk Pergerakan Bot Yang Lebih Cekap

Untuk bergerak di dalam air, konsep yang diterima pakai oleh semua adalah ‘menolak’ air ke belakang untuk bergerak ke depan. Kita menggunakan konsep ini sama ada semasa berenang ataupun semasa menggunakan kipas enjin bot. Berdasarkan satu kajian terbaru, konsep yang dipakai oleh obor-obor dan lamprey (sejenis ikan yang rupanya seakan belut) untuk bergerak di dalam air adalah terbalik. Penyelidik dari Universiti Standford mendapati bahawa kedua-dua hidupan laut itu ‘menyedut’ air untuk bergerak ke depan — satu teknik yang didapati memerlukan tenaga yang lebih rendah untuk bergerak lebih jauh ke depan.

Selebihnya »

Kajian Menunjukkan Jenis Seluar Dalam Pengaruhi Kualiti Sperma

Dalam usaha untuk mendapatkan anak, kualiti sperma di dalam air mani lelaki adalah antara satu elemen yang penting. Berdasarkan satu kajian terbaru yang dijalankan, lelaki yang memakai seluar dalam longgar seperti ‘boxer‘ di siang hari dan tidak memakai apa-apa seluar dalam semasa tidur mempunyai kualiti sperma yang lebih baik berbanding lelaki yang memakai jenis seluar dalam yang ketat seperti ‘spender‘.

Selebihnya »

VIDEO : Kereta Back To The Future Ini Boleh Drift Tanpa Pemandu

Selamat hari Back to the Future! Bagi yang kurang faham, 21 Oktober 2015 adalah tarikh dimana Marty McFly dan Doc Brown datang ke ‘masa depan’ dengan kereta model DeLorean mereka dalam filem Back to the Future II. Revs Center dari Universiti Standford di Amerika Syarikat telah membuat modifikasi ke atas kereta model DeLorean supaya ia boleh bergerak dengan dikuasakan oleh enjin elektrik tanpa pemandu dan mampu melakukan aksi drift. Nama yang diberikan mereka kepada kereta itu — MARTY (Multiple Actuator Research Test bed for Yaw Control).

Selebihnya »

Saintis Temui Cacing Yang Boleh Hadam Plastik

Bekas plastik seperti pembungkus polistirena yang kita guna untuk bungkus nasi campur diperbuat dari bahan yang tidak biodegredasi. Bahan tidak biodegredasi seperti polistirena ini tidak akan terurai sehingga beribu-ribu tahun. Tetapi, hasil penemuan oleh penyelidik dari Universiti Standford di Amerika Syarikat dan Universiti Beihang di China ini mungkin boleh mengubahnya. Mereka baru-baru ini menemui sejenis cacing yang terdapat di dalam perut binatang yang boleh memakan plastik-plastik ini tanpa memberi apa-apa kesan buruk pada cacing tersebut.

Selebihnya »

Bahan Ini Bertukar Warna Seperti Kulit Sesumpah Apabila Disentuh

Seperti kulit Sumpah-Sumpah, sejenis bahan yang boleh bertukar warna, boleh regang dan sensitif kepada tekanan sentuhan telah dihasilkan oleh penyelidik dari Universiti Standford di Amerika Syarikat. Menyentuh ‘kulit’ elektronik (e-skin) ini dengan kadar tekanan yang berbeza boleh menyebabkan kulit itu berubah warna. Peranti pintar boleh-pakai (wearable), organ palsu dan robot pintar adalah beberapa contoh aplikasi yang boleh digunakan untuk kulit ini.

Selebihnya »

Toyota Ingin Komputer Membantu Anda Memandu Dengan Selamat

Kereta pandu-sendiri adalah satu bidang yang sedang pesat dibangunkan oleh kebanyakan syarikat-syarikat besar pengeluar kereta seperti BMW, Volvo dan Tesla. Walaubagaimanapun, Toyota mempunyai idea yang berbeza dengan masa depan pemanduan. Toyota ingin membangunkan sistem komputer yang lebih bijak untuk membantu anda memandu dengan lebih selamat.

Selebihnya »