Tag Archives: Solar

Kayu Ini Lutsinar Dan Boleh Dihasilkan Dengan Murah

Cermin tingkap yang diperbuat dari kayu? Ia mungkin menjadi kenyataan pada masa hadapan dengan hasil kajian oleh sekumpulan saintis dari Sweden. Saintis-saintis tersebut berjaya menghasilkan kayu yang boleh dilihat menerusinya (lutsinar) menggunakan teknik yang mereka percaya senang untuk dibesarkan skala pembuatannya.

Selebihnya »

Rumput Plastik Di Atas Bumbung Ini Boleh Menjanakan Elektrik

Teknologi hijau di atas bumbung rumah bukanlah sesuatu yang baru. Panel solar adalah antara yang paling biasa digunakan di atas bumbung rumah sama ada untuk memanaskan air untuk mandi atau menjana tenaga elektrik untuk digunakan sendiri. Teknologi yang dibangunkan bersama oleh saintis dari China dan Amerika Syarikat ini pula bukan sahaja boleh menjanakan tenaga elektrik, tapi boleh menghijaukan bumbung rumah anda sekali — rumput plastik yang boleh menjanakan tenaga elektrik apabila ditiup oleh angin. Dibangunkan bersama oleh Southwest Jiaotong University dari China dan Georgia Institute of Technology dari Amerika Syarikat, teknologi yang diberi nama penjana turboelektrik (TENG) ini menjanakan tenaga elektrik apabila sebelah permukaannya yang disalut dengan wayar-nano bertemu dengan sebelah lagi permukaan helaian rumput plastik berhampirannya yang disalut dengan indium tin oksida setelah ditiup oleh angin. Penjanaan elektrik sebegini adalah sama dengan prinsip yang menyebabkan elektrik statik. Kumpulan saintis itu mengatakan bahawa TENG ini sesuai digunakan di kawasan di mana anginnya selalu berubah arah dan juga di lokasi yang tidak sesuai untuk meletakkan kincir angin.

Selebihnya »

Sistem Osmosis Berbalik Solar Untuk Air Bersih Di Perkampungan Terpencil

Air yang bersih untuk diminum bukanlah satu kemudahan yang dinikmati oleh semua manusia di dunia ini terutamanya bagi yang tinggal di negara mundur dan perkampungan yang terpencil. Usaha dari penyelidik di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Amerika Syarikat ini boleh membantu untuk mengubah keadaan ini. Mereka telah membina satu sistem osmosis berbalik yang dikuasai oleh tenaga solar dan menempatkannya di La Mancalona, sebuah kampung terpencil di dalam hutan semenanjung Yucatan, Mexico. Sistem sebesar sebuah pondok kecil ini mampu menghasilkan 1,000 liter air bersih sehari — cukup untuk bekalan sebuah kampung dengan sekitar 450 orang penduduk.

Selebihnya »

Separuh Maghribi Bakal Dikuasai Oleh Solar Menjelang 2020

Bermula dengan Noor 1, stesen janakuasa 160 MW, Maghribi akan menjadi penjana kuasa elektrik solar terbesar di Afrika menjelang 2020. Projek Noor yang bernilai $9 billion itu akan memakan ruang sebesar Rabat — ibu kota Maghribi — dan menjana sebanyak 580 MW kuasa elektrik, cukup untuk kuasakan satu juta rumah.

Selebihnya »

Bahan Paling Hitam Dicipta Di Arab Saudi

Cari sesuatu yang berwarna hitam di sekeliling anda sekarang. Betapa hitamkah warna hitam yang anda lihat itu? Hitam macam mana pun, pastinya tidak sehitam bahan yang dicipta oleh penyelidik di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah, Arab Saudi. Ironinya, rekaan bahan ini telah diinspirasikan oleh satu kumbang yang berwarna putih kesemuanya. Bahan yang tersangat hitam itu terdiri daripada bahan karbon-tiubnano yang menyerap 98 sehingga 99 peratus cahaya dalam spektrum 400 nanometer sehingga 1,400 nanometer dari semua arah. Ini bermakna bahan ini boleh menyerap 26 peratus lebih cahaya berbanding apa-apa bahan yang diketahui sebelum ini. Oh, bahan ini juga dikatakan senang untuk dihasilkan dan diaplikasikan.

Selebihnya »

Konsep Halimunan Untuk Tingkatkan Kecekapan Panel Solar

Tahukah anda bahawa teknologi panel solar yang ada sekarang hanya mampu menukarkan 20% dari tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik? Salah satu faktor mengapa kecekapan teknologi panel solar serendah begitu adalah sepuluh peratus dari panel solar selalunya dilindungi dari cahaya oleh jejari besi (untuk meningkatkan konduksi pada panel solar). Sekumpulan penyelidik dari Institut Teknologi Karlsruhe (KIT) di Jerman ingin menggunakan konsep halimunan sebagai penyelesaian kepada masalah ini.

Selebihnya »