Tag Archives: Sains

Bahan Ini Baik Pulih Sendiri Seperti Terminator Setelah Ditembak

Seperti di dalam filem Terminator, bahan ini dapat memulihkan diri sendiri setelah ditembak.  Timothy Scott dari Universiti Michigan di Ann Arbor, Amerika Syarikat dan pasukannya telah membangunkan sejenis bahan yang boleh memulihkan diri sendiri yang mengandungi cecair reaktif diapit diantara dua kepingan polimer. Apabila bahan itu dicucuk, satu bahan kimia yang dipanggil tributylborane di dalam cecair itu bertindak balas dengan oksigen unutk menjadikannya keras, menutup lubang yang dicucuk itu dalam beberapa saat.

Selebihnya »

Peranti Yang Dapat Menghidupkan Semula Jantung Yang Telah Berhenti

Bagi Pakar Bedah pemindahan jantung, ada dua kategori utama kematian. Sama ada kematian otak semasa jantung masih berdegup, atau mati kerana jantung dan penyaluran darah berhenti. Hanya penderma yang kematian otak sahaja yang boleh digunakan semula jantungnya. Ini kerana pengedaran oksigen akan berhenti dan sel-sel otot jantung akan mula mati apabila jantung berhenti.

Selebihnya »

Protein Yang Membantu Ais Krim Lambat Cair

Siapa yang tidak suka makan ais krim? Terutama di waktu panas – memang sungguh melegakan. Tetapi, keadaan ais krim yang cepat cair akan menghalang kita daripada menikmatinya secara perlahan-lahan. Tambahan lagi ia membuatkan tangan kita melekit! Namun, melalui hasil kajian penyelidik dari Universiti Dundee, Scotland, ais krim anda tidak lagi akan cair dengan cepat pada masa hadapan!

Selebihnya »

Tiga Taufan Kategori 4 di Lautan Pasifik Serentak

Buat pertama kalinya dalam sejarah meteorologi, tiga taufan kategori empat telah muncul di Lautan Pasifik pada masa yang sama. Taufan-taufan yang dinamakan Taufan Kilo, Ignacia dan Jimena itu memberi ancaman kepada kepulauan Hawaii, Jepun, Filipina dan Taiwan. Mengikut laporan Saluran Cuaca Amerika Syarikat, penemuan ini juga boleh dikatakan satu lonjatan kerana sebelum ini tiga taufan kategori 3 pun tidak pernah direkodkan.

Selebihnya »

Tisu Jantung Sintetik Yang Melekat Seperti Velcro

Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan tisu jantung sintetik dalam bentuk lapisan dan mampu melekat sesama sendiri seakan-akan velcro berdasarkan satu kajian terbaru yang diterbitkan di Science Advances. Setiap lapisan tisu itu juga akan sentiasa dalam keadaan baik apabila dilekat dan dicabut sesama sendiri.

Selebihnya »

Vaksin Selsema Universal untuk Semua Jenis Virus Influenza

Virus yang menyebabkan selsema bukanlah berpunca dari satu jenis virus sahaja, tapi dari bermacam jenis virus. Vaksin selsema terbaru selalunya terpaksa di formulasikan setiap tahun untuk melawan variasi jenis virus yang terbaru dan yang paling menonjol. Berdasarkan dua kajian berlainan diterbitkan di Nature Medicine dan Science, saintis semakin hampir menghasilkan satu vaksin yang dapat melindungi dari pelbagai jenis virus selsema.

Selebihnya »

Sel Kanser Mungkin Dapat Diprogram Jadi Normal Semula

Beza antara sel kanser dan tisu badan normal yang sihat adalah hanya pada kadar penumbuhan yang tidak normal oleh sel kanser. Disebabkan ini, rawatan seperti kimo tidak dapat secara efektif hanya membunuh sel kanser. Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik telah berjaya memprogramkan sel-sel kanser dari payudara dan pundi kencing untuk tumbuh secara normal semula di dalam kajian makmal meraka.

Selebihnya »

Angkasawan ISS Cuba Cara Baru Tapis Urin Jadi Air Minuman

Air adalah sangat penting untuk kehidupan manusia termasuk angkasawan yang tinggal di angkasa. Menghantar air dari muka bumi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah satu perkara yang sangat memeningkan kepala jurutera dan kosnya pula sangat tinggi. Jadi, kitar semula air di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan adalah satu perkara yang amat penting. Sistem kitar semula air yang ada di ISS sekarang adalah canggih dan teknologinya digunakan di atas bumi di kawasan-kawasan ketandusan air seperti di Afrika. Walaubagaimanapun, penapis utama sistem itu ada yang sampai berat 150kg untuk satu penapis dan mesti kerap diganti sebab selalu tersumbat dengan molekul-mokelul yang tak diingini.

Selebihnya »