Tag Archives: Sains

Rangsangan Elektrikal Pada Otak Untuk Kurangkan Berat Badan

Baru semalam sahaja, kami bawakan berita tentang jenis diet yang efektif (dan tak efektif) untuk kurangkan berat badan. Berita tentang cara pengurangan berat badan pada hari ini pula mungkin bunyi agak pelik. Saintis dari Institut Kesihatan Nasional di Amerika Syarikat telah berjaya mengurangkan berat badan pesakit obesiti menggunakan cara rangsangan elektrikal pada otak.

Selebihnya »

Atmosfera Marikh Telah Ditarik Keluar Oleh Matahari

Berdasarkan kajian terbaru oleh NASA, mereka percaya bahawa Marikh mempunyai lautan yang dalam dan atmosfera yang mengandungi oksigen, hidrogen dan karbon dioksida pada sekitar 4.3 billion tahun yang lalu. Tapi, kenapa planet Marikh yang kita kenali sekarang tidak seperti yang digambarkan oleh penyelidik NASA itu pada berbilion tahun yang lalu? Angin solar adalah angkaranya. Angin solar yang di’tiup’ dari matahari pada kelajuan sekitar 1.6 juta km/jam telah menarik ion dari atmosfera Marikh sedikit demi sedikit — 100 gram sesaat — sehingga menjadi hampir kering seperti sekarang.

Selebihnya »

Periuk Kera Guna Titisan Hujan Untuk Tangkap Mangsanya

Anda pasti tahu bahawa pokok periuk kera adalah tumbuhan karnivor. Periuk kera memerangkap serangga ke dalam ‘periuknya’ sebelum memakan serangga itu untuk menjadi bajanya. Kehadiran madu di bahagian dalam penutup periuk kera membuatkan serangga tertarik dan datang menghinggap di situ. Mengikut kertas kajian yang diterbitkan di atas talian pada 5 Oktober yang lalu, titisan air hujan yang jatuh ke atas penutup periuk kera itu akan menghasilkan getaran yang menyebabkan serangga yang hinggap di situ jatuh ke dalam periuknya.

Selebihnya »

Mengimbas Piramid Di Mesir Untuk Mencari Bilik Rahsia

Piramid-piramid di Mesir adalah antara misteri-misteri terbesar dunia. Bagaimana ia dibina? Berapa banyak ‘bilik rahsia’ yang ada di dalamnya yang tidak ditemui? Sekumpulan arkitek dan saintis dari Mesir, Jepun, Perancis dan Kanada ingin menjawab persoalan-persoalan ini dengan cara mengimbas piramid menggunakan pengimbas infra-merah dan pengimbas muon. Kedua-dua teknologi pengimbasan yang canggih ini mampu mengimbas segala rupa bentuk sesebuah piramid itu, termasuk segala ruang kosong yang ada di dalamnya. Mereka juga berharap teknik ini dapat merungkai misteri lokasi bilik persemadian Ratu Nefertiti yang dikatakan berada di sebelah bilik persemadian Raja Tutankhamun, tetapi masih tidak dapat dijumpai sehingga sekarang.

Selebihnya »

Gambar Ikan Paus Orca Menyusu Ibunya Diambil Dari Drone

Anda mungkin mengenali ikan paus spesies Ornicus Orca atau lebih dikenali dengan nama Killer Whale dari filem Free Willy. John Durban, seorang ahli biologi mamalia dari National Oceanic and Atmospheric Association (NOAA), Amerika Syarikat telah merakamkan aktiviti sekawan killer whale dari udara menggunakan drone di pulan San Juan, utara Seattle, Amerika Syarikat. Antara sekawan killer whale yang dirakam ini adalah dari kumpulan Southern Resident killer whale yang telah dikelaskan sebagai spesies haiwan terancam dan hanya terdapat 81 ekor yang tinggal. Berita baik tentang kumpulan killer whale ini adalah jumlah 81 ekor ini termasuk juga jumlah 5 ekor yang baru lahir — jumlah 5 ekor yang baru lahir dikira agak besar bagi populasi hanya 81 ekor.

Selebihnya »

Kajian Menunjukkan Jenis Seluar Dalam Pengaruhi Kualiti Sperma

Dalam usaha untuk mendapatkan anak, kualiti sperma di dalam air mani lelaki adalah antara satu elemen yang penting. Berdasarkan satu kajian terbaru yang dijalankan, lelaki yang memakai seluar dalam longgar seperti ‘boxer‘ di siang hari dan tidak memakai apa-apa seluar dalam semasa tidur mempunyai kualiti sperma yang lebih baik berbanding lelaki yang memakai jenis seluar dalam yang ketat seperti ‘spender‘.

Selebihnya »