Tag Archives: Sains

Gigitan Lipas Adalah Lima Kali Lebih Kuat Dari Manusia

Lipas. Ramai yang geli atau takut dengan serangga ini. Baik lelaki mahupun perempuan. Fakta terbaru ini mungkin membuatkan anda lebih takut dengan lipas. Menurut kajian terbaru, lipas boleh gigit dengan kekuatan 50 kali lebih kuat dari berat badannya sendiri, bersamaan dengan lima kali lebih kuat dari gigitan manusia. Penyelidik dari Universiti Cambridge di UK telah mengukur kekuatan 300 gigitan lipas untuk mencapai kesimpulan itu.

Selebihnya »

Sperma Berenang Lebih Laju Apabila Menyusur Seperti Ular

Mengenal pasti sperma yang berkualiti adalah salah satu langkah yang penting dalam proses persenyawaan in-vitro (IVF). Bagi yang tidak tahu, IVF adalah satu teknik persenyawaan telur wanita dengan sperma lelaki di luar rahim bagi pasangan yang menghadapi masalah mendapatkan anak. Memahami pergerakan sperma boleh membantu mencari sperma yang paling berkualiti. Baru-baru ini, buat pertama kalinya sperma dilihat berenang secara menyusur ke kiri dan ke kanan seperti ular di sepanjang permukaan. Renangan sperma secara menyusur juga didapati adalah 50 peratus lebih laju berbanding cara renangan sperma secara berputar dalam tiga-dimensi seperti skrew (cara berenang sperma yang telah diketahui selama ini).

Selebihnya »

Pergi Kerja Naik Bas Atau Tren Untuk Elak Diabetes

Kereta? Bas? Tren? Basikal? Apakah pilihan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja anda? Mengikut satu kajian terbaru oleh penyelidik dari Pusat Pemeriksaan Kesihatan Moriguchi City, Osaka di Jepun, menaiki bas atau tren ke tempat kerja dapat dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk menghidapi tekanan darah tinggi, diabetes dan berat badan berlebihan. Jika dibandingkan dengan pemandu kereta, pengguna pengangkutan awam adalah 27 peratus kurang berkemungkinan menghidapi tekanan darah tinggi, 34 peratus kurang berkemungkinan menghidapi diabetes dan 44 peratus kurang berkemungkinan mempunyai berat badan berlebihan.

Selebihnya »

Misteri Pertama Hasil Projek Imbas Piramid di Mesir

Sekitar dua minggu yang lepas, Projek Imbas Piramid telah dilancarkan untuk mengimbas piramid-piramid di Mesir menggunakan teknologi canggih pengimbas infra-merah dan pengimbas muon. Menggunakan teknologi imbasan canggih yang mampu mengimbas bukan sahaja bentuk luaran, tetapi juga segala bentuk dan ruang dalaman piramid itu mungkin dapat merungkai lagi pelbagai misteri piramid yang masih belum terjawab. Awal minggu ini, kumpulan penyelidik projek itu telah mengumumkan penemuan satu tompok haba yang menonjol — mungkin petanda ruang kosong — di dalam Piramid Khufu (piramid terbesar di sana).

Selebihnya »

Cat Ini Boleh Hapuskan 99.9% Bakteria

Hospital adalah tempat untuk merawat penyakit, bukan untuk berjangkit dengan penyakit. Untuk mengelakkan menjangkiti orang dengan penyakit di hospital, kebersihan di hospital adalah salah satu langkah utamanya. Cat yang bernama Paint Shield ini mungkin adalah satu berita gembira bagi pihak hospital. Cat ciptaan syarikat Sherwin-Williams ini boleh membunuh 99.9 peratus bakteria — termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit MRSA dan E. Coli — hanya selepas dua jam cat di gunakan. Cat Paint Shield ini diberi jaminan untuk berterusan melindungi dinding yang dicat dari bakteria sehingga jangka masa empat tahun.

Selebihnya »

Saintis Kaji Obor-obor Untuk Pergerakan Bot Yang Lebih Cekap

Untuk bergerak di dalam air, konsep yang diterima pakai oleh semua adalah ‘menolak’ air ke belakang untuk bergerak ke depan. Kita menggunakan konsep ini sama ada semasa berenang ataupun semasa menggunakan kipas enjin bot. Berdasarkan satu kajian terbaru, konsep yang dipakai oleh obor-obor dan lamprey (sejenis ikan yang rupanya seakan belut) untuk bergerak di dalam air adalah terbalik. Penyelidik dari Universiti Standford mendapati bahawa kedua-dua hidupan laut itu ‘menyedut’ air untuk bergerak ke depan — satu teknik yang didapati memerlukan tenaga yang lebih rendah untuk bergerak lebih jauh ke depan.

Selebihnya »