Tag Archives: Sains

Akhirnya, Plastik Pertama Yang 100% Boleh Dikitar Semula

Tahukah anda bahawa lebih dari 270 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dan 18 juta tan daripadanya berakhir di dalam laut setiap tahun? Tambahan pula, kebanyakan dari plastik yang dihasilkan ini tidak boleh dikitar semula. Plastik yang boleh dikitar semula pula mempunyai had berapa kali ia boleh dikitarkan semula dan plastik itu tidak boleh ditukarkan kembali kepada keadaan molekulnya semula untuk menghasilkan plastik yang baru. Saintis dari Universiti Colorado State di Amerika Syarikat baru-baru ini berjaya menghasilkan sejenis plastik yang 100% boleh dikitar semula tanpa had dan tidak memerlukan apa-apa bahan berasaskan petroleum untuk menghasilkannya.

Selebihnya »

Ada Bakteria Dalam Perut Kita Yang Mengawal Selera Makan Kita

Ya, seperti kata tajuk di atas, kajian terbaru menunjukkan bahawa ada bakteria di dalam perut yang mengeluarkan sejenis protein yang ‘mengenyangkan’ kita sekitar 20 minit selepas makan. Kesimpulan ini dicapai oleh sekumpulan saintis dari Universiti Rouen di Perancis semasa mereka mengkaji protein yang dihasilkan oleh sejenis bakteria E. Coli yang hidup di dalam perut tikus makmal. Selepas sekitar 20 minit tikus makmal itu diberi makmal, bakteria E. Coli di dalam perut tikus tersebut didapat mengeluarkan beberapa jenis protein yang tidak dikeluarkan sebelum itu — manusia selalunya berasa kenyang pada sekitar 20 minit selepas makan.

Selebihnya »

Tardigrade, Haiwan Yang Hampir Mustahil Untuk Dibunuh Mempunyai DNA Asing

Tardigrade, atau nama lainnya beruang air, adalah haiwan mikroskopik yang bersaiz sekitar 1 milimeter dan boleh kekal hidup dalam persekitaran ekstrem. Angkasa lepas? Boleh. Keadaan bersuhu dari 0 sehingga lebih sedikit dari suhu didih air? Boleh juga. Persekitaran bertekanan tinggi dan beradiasi tinggi? Tiada masalah. 10 tahun tanpa air dan makanan? Tiada masalah juga. Berdasarkan kajian terbaru, beruang air ini didapati mempunyai jumlah DNA asing yang terbanyak di dalam seseekor haiwan yang pernah dijumpai — satu faktor yang mungkin membantunya bertahan hidup di pelbagai persekitaran ekstrem.

Selebihnya »

Marikh Mungkin Akan Ada Gelang Seperti Zuhal Akibat Bulannya Yang Akan Musnah

Pada dua minggu yang lepas, pihak NASA ada mengumumkan bahawa kajian mereka menunjukkan bulan Phobos — bulan terbesar yang mengorbit Marikh — sedang berada dalam proses untuk hancur berkecai disebabkan oleh kesan sampingan daya graviti yang dikenakan oleh planet Marikh ke atasnya. Tambahan lagi kerana kedudukannya yang terlalu dekat dengan Marikh — 6,000 km dari Marikh (bulan kita pula pada sekitar 385,000 km dari bumi). Kajian terbaru pula mengatakan serpihan bulan Phobos yang hancur itu nanti akan membentuk satu gelang di sekeliling Marikh, lebih kurang sama seperti gelang yang ada sekarang di sekeliling Zuhal.

Selebihnya »

Jantina Kini Boleh Dikenali Melalui Cap Jari

Anda pasti tahu bahawa membanding kesap cap jari adalah antara cara yang digunakan oleh pihak penyiasat seperti polis untuk mengenal pasti penjenayah di dalam sesuatu kes yang disiasat. Pihak polis perlu membandingkan cap jari itu dengan rekod cap jari yang mereka ada ataupun cap jari bagi suspek utama yang telah ditangkap untuk mengenal pasti penjenayah yang sebenar. Akan datang, jika mereka tidak dapat jumpa cap jari yang serupa, mereka boleh mengetahui jantina cap jari itu untuk membantu siasatan mereka.

Selebihnya »

Kesan Kanser Dengan Setitik Darah

Mengesan kanser pada peringkat awal adalah penting jika hendak dapat merawatnya dengan berkesan. Cara yang digunakan untuk mengesan kanser sekarang melibatkan pelbagai jenis imbasan dan kaedah invasif. Penyelidik dari Universiti Umeå di Sweden telah membangunkan satu cara baru yang hanya memerlukan setitik darah untuk menguji kehadiran kanser dengan 96 peratus ketepatan. Ujian darah yang melibatkan analisis dan perbandingan profil RNA di dalam sampel darah itu boleh mengesan, mengelaskan dan menentukan lokasi kanser di dalam badan. 

Selebihnya »

Planet Paling Menyerupai Bumi Tak Mesra Hidupan Kerana Radiasi

Pada Januari awal tahun ini, ahli astronomi telah mengumumkan penemuan dua buah planet yang hampir serupa bumi — bersaiz hampir sama dengan bumi dan berada pada jarak dari mataharinya yang secara teorinya boleh wujud air di permukaannya. Salah satu dari planet itu adalah Kepler-438b, planet dengan diameter 12 peratus lagi besar dari bumi dan berada pada jarak sekitar 470 tahun cahaya di dalam buruj Lyra. Berdasarkan kajian terbaru, bintang kerdil merah di pusat sistem solar planet Kepler-438b didapati menghasilkan super-suar sekuat 100 billion megatan TNT — satu fenomena yang boleh menjadikan planet itu penuh dengan radiasi dan tidak sesuai untuk apa jenis hidupan.

Selebihnya »

Kekuatan Tendangan Padu Holly Holm Pada Ronda Rousey Telah Dikira

Ronda Rousey sebelum ini terkenal sebagai atlet wanita UFC yang tidak pernah kalah dan sentiasa menewaskan lawannya dengan K.O. di bawah satu minit. Tetapi, pada Sabtu yang lalu, Holy Hollm — bekas juara acara tinju wanita — telah menewaskan Ronda Rousey dengan satu sepakan padu pada sebelah kanan mukanya. Video dan gambar animasi (GIF) tendangan padu itu telah pun menjadi viral di media sosial. Wired pada awal minggu ini telah mengira kekuatan sepakan padu Holly Holm itu — 217 Newton atau bersamaan dengan 22 kilogram.

Selebihnya »