Tag Archives: robot

VIDEO : Lihat Robot Lipas Buatan Saintis Rusia

Robot dalam rupa bentuk lipas? Yeah! Robot buatan satu kumpulan dari Universiti Persekutuan Immanuel Kant Baltic (BFU) di Rusia ini direka dengan diinspirasikan oleh lipas jenis Blaberus Cranifer, atau nama yang lebih gempaknya iaitu Kepala Maut (Death’s Head). 

Selebihnya »

Robot, Si Pemungut Sampah

Bayangkan, dunia di mana robot datang ke kawasan perumahan anda, angkat tong sampah di depan setiap rumah dan buangnya ke dalam lori sampah. Semuanya dilakukan dengan senyap tanpa mengganggu keluarga-keluarga yang sedang tidur lena dan tanpa pemandu lori melakukan apa-apa kerja selain memandu lori sampahnya. Itulah dunia yang dibayangkan di dalam visi Volvo untuk projek terbaru mereka bernama ROAR, di mana robot sebagai pembantu kepada lori sampah akan dibangunkan.

Selebihnya »

Angkasawan Di Angkasa Mengawal Rover Di Muka Bumi

Anda diarahkan untuk memasukkan silinder besi ke dalam lubang. Bunyinya mudah bukan? Bagaimana jika anda perlu mengawal robot untuk melakukan tugas itu? Andreas Mogensen, angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA) baru-baru ini mengawal rover (robot pengembara) yang berada di muka bumi untuk melakukan tugas itu – dia pula berada jarak 400km jauh ke atas, mengorbit bumi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Selebihnya »

Robot Tanpa Kawalan Pemburu Tapak Sulaiman

Tapak sulaiman berduri yang dinamakan Crown-of-thorns (takhta berduri) sedang di buru oleh sekumpulan robot hasil ciptaan satu pasukan dari Universiti Teknologi Queensland di Australia. Tapak sulaiman jenis ini yang adalah pemangsa kepada hidupan terumbu karang dan cenderung untuk membiak dengan banyaknya. Secara semula jadi, bilangan tapak sulaiman ini sepatutnya diimbangi oleh hidupan pemangsa. Tetapi kerana aktiviti perikanan yang tidak terkawal oleh manusia, bilangan hidupan pemangsa tersebut jatuh mendadak dan bilangan tapak sulaiman jenis ini meningkat, sekaligus mengancam habitat hidupan terumbu karang.

Selebihnya »

Robot Dengan Kebolehan Belajar Kesilapan Sendiri

Robot dengan kebolehan belajar sendiri dan memperbaiki dirinya dari kesilapan adalah bukan sesuatu yang baru, tetapi robot-robot itu selalunya perlu berhenti seketika untuk memproses apa yang dibuat sebelum itu. Jurutera elektrikal dari Universiti Texas Arlington di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mempatenkan satu kaedah inovatif di mana alat kawalan dapat memperbaiki tindakannya sendiri secara beterusan berdasarkan keputusan sebelumnya. Dengan menjalani senario yang sama berulang-kali sama ada dengan meramalkan hasil tindakan atau mencuba sesuatu sehingga betul, robot atau mesin dengan alat kawalan ini dapat berfungsi pada tahap yang optimum.

Selebihnya »