Tag Archives: robot

Jari Robotik Ini Guna Aloi Khas Sebagai Penggeraknya

Jari robotik biasanya terdiri dari beberapa komponen tegar (rigid) dengan gear atau jenis mekanisma mekanikal yang lain sebagai penyambung antara satu sama lain di titik bengkok jari. Penyelidik dari Universiti Florida Atlantik membangunkan jari robotik mereka menggunakan sejenis aloi khas yang membengkok apabila dipanaskan dan kembali ke bentuk asalnya selepas sejuk. Dengan data 3D model jari manusia, mereka menghasilkan ‘kulit’ yang lembut untuk jari tersebut menggunakan pencetak 3D (3D printer).

Selebihnya »

Mesin Yang Boleh Melipat Kain Dari Jepun

Melipat kain adalah satu aktiviti yang tidak boleh dielakkan melainkan anda menghantar kesemua kain anda ke dobi pada setiap masa. Anda tidak suka melipat kain? Laundroid mungkin dapat membantu anda. Laundroid adalah satu projek penyelidikan bersama di antara tiga syarikat Jepun iaitu Panasonic, Daiwa House dan Seven Dreamers Laboratories. Projek yang bermula sejak tahun 2008 ini ingin membangunkan sistem yang boleh menguruskan kain-kain anda dari membasuh sehingga melipatkannya. Produk pertamanya yang dilancarakan di pameran CEATEC 2015 di Jepun adalah mesin yang boleh melipat kain.

Selebihnya »

Ladang Yang Dioperasikan Sepenuhnya Oleh Robot Di Jepun

Robot bakal menggantikan manusia sebagai petani di negara Jepun pada masa hadapan. Sebuah syarikat Jepun yang bernama Spread ingin membuka sebuah ladang tertutup yang dioperasikan sepenuhnya oleh komputer dan robot untuk menghasilkan sayur salad yang lebih murah dan lebih mesra alam pada tahun 2017.

Selebihnya »

Tahap IQ Sistem Artificial Intelligence Sama Dengan IQ Budak 4 Tahun

Sistem Artificial Intelligence (AI) atau Kecerdikan Buatan merujuk kepada kecerdikan yang dipamerkan oleh mesin (seperti robot) atau perisian komputer (seperti Siri di dalam iPhone). Saintis dan jurutera membangunkan AI untuk membantu dan meningkatkan kualiti kehidupan seharian kita. Ada juga yang memberi amaran bahawa AI seperti robot mungkin akan menakluk seluruh manusia — kiamat robot. Tetapi berdasarkan satu siri ujian yang dijalankan terhadap beberapa sistem AI yang terbaik di dunia, tahap IQ sistem-sistem AI tersebut adalah sama dengan tahap IQ kanak-kanak berumur 4 tahun.

Selebihnya »

Robot Ini Melompat Seperti Labah-labah

Tahukah anda, bukan semua jenis labah-labah menangkap mangsanya untuk dimakan menggunakan sarang yang dibuatnya? Terdapat lebih kurang 5,000 spesies labah-labah di seluruh dunia yang melompat ke arah mangsa untuk menangkapnya. Diklasifikasikan sebagai labah-labah melompat, ia menggunakan benangnya untuk mengawal pendaratannya selepas melompat. Penyelidik dari Universiti Cape Town di Afrika Selatan telah mengaplikasikan teknik labah-labah lompat itu untuk robot ‘labah-labah’ mereka sendiri. Robot yang dinamakan sebagai LEAP ( Line-Equipped Autonomous Platform) ini diperbuat dari LEGO Technics sebagai struktur utamanya, dan gelungan nilon berserta motor DC untuk membantu lompatannya.

Selebihnya »

Video : Robot Lebah Yang Boleh Berenang

Penyelidik di Universiti Harvard telah membangunkan robot lebah sejak beberapa tahun yang lalu. Robot sebesar klip kertas dan seberat 100 miligram ini boleh dikawal sepenuhnya dan mampu berlegar di udara dengan stabil. Baru-baru ini, penyelidik Harvard berjaya mendemonstrasikan kebolehan robot lebah ini untuk berenang di dalam air tanpa memerlukan apa-apa modifikasi tambahan terhadap robot itu. Robot yang berterbangan itu akan ‘terjun’ ke dalam air, menyelam sedikit ke dalam, dan kemudiannya mengkibar-kibarkan sayapnya di dalam air pada kelajuan (9 Hz) yang lebih perlahan berbanding di udara (120 Hz).

Selebihnya »

VIDEO : Robot Dengan Kulit Lembut Seperti Baymax

Ingat Baymax? Watak robot yang comel dalam filem Disney Big Hero 6 itu mempunyai kulit luaran yang lembut. Kulit lembut robot itu sesuai dengan fungsi utamanya iaitu penjagaan kesihatan manusia kerana sentuhannya pada pesakit akan menjadi lembut dan tidak ada objek tajam padanya yang boleh mencederakan pesakitnya. Disney Research baru-baru ini telah menghasilkan kulit lembut melalui teknik 3D print untuk menyembunyikan komponen tangan robot yang keras di dalamnya.

Selebihnya »

VIDEO : Robot Cuba Pasang Perabot Ikea

Robot. Ada yang memberi amaran tentang ‘hari kiamat robot’ pada masa depan. Ada yang mengatakan robot akan merampas kerja kita satu hari nanti. Tapi, apa yang pasti, robot pada hari ini hanya cemerlang pada satu tugas khas yang diprogramkan padanya. Seperti video YouTube di atas, hendak masukkan pasak yang kecil ke dalam lubang perabot IKEA pun ambil masa yang lama.

Selebihnya »