Tag Archives: robot

VIDEO : Robot Dibuli Oleh Manusia, Demi Sains

Atlas adalah antara salah satu robot yang mengagumkan hasil rekaan Boston Dynamics. Atlas adalah antara robot yang paling banyak digunakan sebagai asas rekaan bagi peserta-peserta Cabaran Robotik DARPA pada tahun lepas. Robot Atlas versi terbaru ini jauh lebih baik dari robot-robot yang asik terjatuh pada cabaran robotik itu.

Selebihnya »

Jari Robotik Untuk Menguji Kualiti Sentuhan Produk

Rasa sentuhan sesuatu produk itu adalah salah satu aspek kualiti yang mungkin boleh menjadi faktor penentu seseorang pembeli untuk memilih sesuatu produk itu daripada yang lain – kelembutan permukaan kain sarung bantal contohnya. Walau bagaimanapun, kualiti rasa sentuhan produk adalah sesuatu yang agak subjektif dan tiada ‘kayu pengukur’ yang tetap untuk dijadikan perbandingan yang objektif. SynTouch ingin mengubah keadaan ini dengan tangan robotiknya yang mempunyai sensor di hujung jarinya yang boleh mengesan suhu, tekanan sentuhan dan getaran — sama seperti hujung jari manusia. Dalam satu kajian yang dijalankan, jari robotik itu berjaya membezakan rasa sentuhan pelbagai bahan dengan lebih baik berbanding manusia yang ditutupkan matanya.

Selebihnya »

Robot Ini Boleh Bergerak Dengan Kawalan Minda Pesakit Lumpuh

Beberapa penyelidik sebelum ini telah berjaya menghasilkan teknologi untuk menggerakkan anggota badan palsu robotik seperti tangan dan kaki dengan dikawal oleh minda. Tetapi kebanyakannya adalah invasif (memerlukan pembedahan). Penyelidik dari Itali dan Switzerland baru-baru ini berjaya membangunkan sejenis robot yang boleh bergerak dengan kawalan minda dan tanpa memerlukan apa-apa jenis pembedahan. Anda hanya perlu memakai topi yang dilengkapi dengan EEG dan membayangkan menggerakkan tangan atau kaki anda sahaja — robot tersebut akan bergerak menurut arahan minda anda malah boleh mengelak halangan dengan sendirinya.

Selebihnya »

Anda Boleh Programkan Tarian Untuk Robot Ini

Robot menari? Ya betul! DMM, satu syarikat elektronik dari Jepun telah mencipta satu robot yang boleh menari mengikut apa jenis tarian yang anda programkannya. Satu perisian akan dikeluarkan oleh DMM supaya anda boleh mereka “data tarian” untuk mengajar robot itu menari mengikut tarian yang anda ingini. Anda juga boleh menghiasi robot yang diberi nama Premaid AI ini mengikut citarasa anda melalui beberapa fesyen pakaian yang akan disediakan untuk robot ini. Bukan itu saja, anda juga boleh mengubah bentuk badan robot ini berdasarkan data 3D CAD yang akan dikeluarkan oleh DMM dan cetaknya menggunakan pencetak 3D.

Selebihnya »

VIDEO : Baling Robot Bola Ini Dan Ianya Bangun Dan Berjalan Sendiri

Robot di dalam video Youtube di atas adalah robot bernama QRoSS yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Teknologi Chiba di Jepun. Seperti yang anda lihat, setelah dibaling, robot yang mempunyai sangkar berbentuk sfera itu boleh bangun dan berjalan dengan sendirinya menggunakan empat kakinya. Sangkar sfera robot itu bersaiz 30cm diameter dan berfungsi sebagai penyerap hentakan. Apabila berjalan, robot QRoSS ini mempunyai kelajuan 0.1 meter sesaat manakala kelajuan bergulingnya pula adalah pada 0.6 meter sesaat. Beratnya keseluruhan robot ini pula adalah 2.5 kg.

Selebihnya »

Tangan Palsu Robotik Iron Man Untuk Kanak-Kanak

Kanak-kanak tangan kudung akan datang boleh bergaya dengan tangan palsu robotik bertemakan sama ada tangan Iron Man, sarung tangan Queen Elsa dari Frozen atau tangan diinspirasikan light saber dalam filem Star Wars. Ketiga-tiga model tangan palsu robotik ini dibangunkan bersama oleh Disney dan Open Bionics — syarikat startup dari UK yang sedang berusaha membangunkan tangan palsu robotik kos rendah.

Selebihnya »