Tag Archives: realiti-maya

VIDEO : NASA Muat Naik Video 360 Darjah Planet Marikh Ke YouTube

Satu video 360 darjah pemandangan di Planet Marikh dari perspektif robot perayau Curiosity milik NASA telah dimuat naik ke Facebook pada sekitar dua minggu yang lepas. Video 360 darjah untuk realiti maya (VR) itu walau bagaimanapun adalah agak pelik dengan efek fish-eye pada gambar video tersebut. Semalam, NASA telah memuat naik video 360 darjah terbaru yang lebih berkualiti ke laman YouTube pula. Anda boleh memusingkan pandangan di dalam video itu sama ada dengan menekan butang di bahagian atas kanan video tersebut ataupun menggunakan gabungan telefon pintar anda, Google Cardboard dan aplikasi YouTube untuk pemandangan secara realiti maya.

Selebihnya »

Realiti-Maya Untuk Tikus Bagi Penyelidikan Otak

Realiti-maya (virtual-reality) pernah digunakan oleh saintis sebelum ini untuk mengubati masalah trauma manusia. Baru-baru ini pula, mengikut laporan MIT Technology Review, realiti-maya telah digunakan pada seekor tikus untuk mengkaji otaknya semasa ia bergerak. Saintis membina satu maze (laluan-laluan berliku dan mengelirukan) di dalam alam realiti maya itu yang dapat meyakinkan tikus tersebut seperti ianya sedang berlari melalui celah-celah dinding — tetapi yang sebenarnya hanya berlari setempat di atas bola yang berpusing. Ciptaan ini membolehkan saintis mengkaji aktiviti otak tikus semasa ia mengemudi (navigating) tanpa kepala tikus itu bergerak.

Selebihnya »