Tag Archives: perubatan

Guna Sutera Untuk Simpan Sampel Darah

Apabila disebut sutera, kain sutera selalunya akan menjadi perkara pertama yang datang dalam fikiran kita. Berdasarkan satu kertas kajian yang baru diterbitkan, sutera juga boleh digunakan untuk memelihara sampel darah yang diambil untuk sesuatu ujian diagnosis.

Selebihnya »

Kesan Kanser Dengan Setitik Darah

Mengesan kanser pada peringkat awal adalah penting jika hendak dapat merawatnya dengan berkesan. Cara yang digunakan untuk mengesan kanser sekarang melibatkan pelbagai jenis imbasan dan kaedah invasif. Penyelidik dari Universiti Umeå di Sweden telah membangunkan satu cara baru yang hanya memerlukan setitik darah untuk menguji kehadiran kanser dengan 96 peratus ketepatan. Ujian darah yang melibatkan analisis dan perbandingan profil RNA di dalam sampel darah itu boleh mengesan, mengelaskan dan menentukan lokasi kanser di dalam badan. 

Selebihnya »

Implan LED Untuk Legakan Kesakitan

Pada masa depan, doktor mungkin boleh melegakan kesakitan anda menggunakan implan LED. Saintis dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat telah berjaya mengawal deria sakit di dalam tikus menggunakan implan elektronik yang fleksibel dan sekecil hujung jari anda. Pada berat hanya 16 miligram, implan itu terdiri daripada satu mikroLED untuk memancarkan isyarat cahaya dan satu antenna frekuensi radio untuk kuasakan alat itu tanpa wayar. Implan itu juga cukup selamat untuk dibiarkan di dalam badan bagi jangka masa panjang tanpa merosakkan tisu badan. Pembuktian konsep ke atas tikus itu boleh memberi kelegaan kepada orang yang hidup dengan kesakitan kronik pada masa depan tanpa hanya bergantung kepada ubat yang boleh memberi kesan sampingan yang lain.

Selebihnya »

Teknologi Genetik Terbaru Untuk Diagnosis Pesakit Bayi Kritikal Dalam Masa Singkat

Gangguan genetik adalah punca utama kematian bagi bayi baru lahir yang dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital. Ini kerana ahli pediatrik biasanya tidak dapat mengimbas kesemua genom (set lengkap DNA) seseorang bayi yang sakit dan mendiagnosisnya dengan kadar yang cukup cepat untuk memberikan rawatan yang sepatutnya kepada bayi tersebut. Dengan teknologi genetik terbaru dari syarikat Edico Genome, ahli pediatrik kini boleh mengimbas dan menganalisa kesemua genom pesakit bayi kritikal dalam masa hanya 26 jam untuk mendiagnosis dan mencari rawatan yang sepatutnya untuk bayi tersebut.

Selebihnya »

Gigi Palsu Cetakan 3D Dengan Bahan Anti-Bakteria

Gigi palsu selalunya memerlukan masa hingga 2 minggu untuk menempahnya. Tetapi dengan hasil ciptaan terbaru oleh Andreas Herrmann dan rakannya dari Universiti Groningen di Belanda, anda hanya perlu menunggu beberapa jam sahaja untuk mendapatkan gigi palsu anda melalui teknik cetakan 3D. Bukan saja itu, bahan yang digunakan untuk gigi palsu cetakan 3D ini adalah anti-bakteria.

Selebihnya »

Ujian Ini Boleh Kesan Semua Jenis Virus Yang Jangkiti Manusia

Untuk mengesan virus apa yang menjangkiti seseorang pesakit, ujian diagnostik yang ada sekarang selalunya tidak cukup sensitif untuk mengesan virus tersebut. Doktor perlu menggunakan ujian tertentu berdasarkan penyakit apa yang disyaki oleh doktor tersebut untuk mengesahkan virus yang menjangkiti pesakit. Mengikut kajian terbaru yang diterbitkan di Genome Research, satu jenis ujian yang dibangunkan oleh penyelidik di Universiti Washington, Amerika Syarikat boleh mengesan apa jua jenis virus yang menjangkiti manusia dan haiwan.

Selebihnya »