Tag Archives: Pengangkutan

Beg Yang Boleh Menyekat Letupan Di Dalam Pesawat

Kejadian seperti kemalangan pesawat awam Rusia pada Oktober lepas yang disyaki terjadi akibat letupan bom di dalam pesawat mungkin dapat dibendung pada masa depan dengan hasil ciptaan terbaru ini. Fly-Bag yang dibangunkan oleh saintis dari Universiti Sheffield di UK ini boleh menyekat letupan bom di dalamnya dari merosakkan persekitaran di luar beg tersebut.

Selebihnya »

Volvo Uji Teknologi Mengelak Kangaroo Di Australia

Teknologi brek secara automatik yang ada pada beberapa model kereta sekarang selalunya berfungsi untuk pemanduan dalam bandar — membantu pemandu brek dari melanggar kereta, basikal atau pejalan kaki jika pemandu tidak sempat brek sendiri. Tapi bagaimana jika ada binatang yang tiba-tiba melintas jalan di hadapan anda? Kumpulan pakar keselamatan Volvo pergi ke Australia untuk ‘mengajar’ teknologi mereka mengelak dari melanggar Kangaroo — haiwan yang sukar diramal pergerakannya dan susah untuk dielak.

Selebihnya »

Robot, Si Pemungut Sampah

Bayangkan, dunia di mana robot datang ke kawasan perumahan anda, angkat tong sampah di depan setiap rumah dan buangnya ke dalam lori sampah. Semuanya dilakukan dengan senyap tanpa mengganggu keluarga-keluarga yang sedang tidur lena dan tanpa pemandu lori melakukan apa-apa kerja selain memandu lori sampahnya. Itulah dunia yang dibayangkan di dalam visi Volvo untuk projek terbaru mereka bernama ROAR, di mana robot sebagai pembantu kepada lori sampah akan dibangunkan.

Selebihnya »

Immortus – Sportscar Pertama Dunia Dikuasai Tenaga Solar

Sebuah syarikat startup kereta elektrik dari Australia bernama EVX dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne, Australia sedang membangunkan sportscar pertama di dunia yang dikuasai oleh tenaga solar. Walaupun kereta ini boleh juga dicaj tenaganya dari sumber elektrik di rumah, dengan bumbung yang dipenuhi panel solar, Immortus akan dapat dibekalkan dengan tenaga yang banyak untuk perjalanan panjang di jalan raya. Website EVX dengan bangganya menyatakan “Kebolehan untuk bergerak dengan kuasa matahari dan membekalkan tenaga tersebut untuk kegunaan lain masa menjadikannya sebagai kereta yang dapat bertahan tanpa batasan secara praktikalnya.” 

Selebihnya »

Kuasa Angin Sepenuhnya Untuk Kereta Api Elektrik Belanda Dalam Tiga Tahun

Berdasarkan satu perjanjian pada tahun 2014, kereta api elektrik di Belanda akan dijanakan kuasa elektriknya oleh kuasa angin bermula dengan 50 peratus jumlah kesuluruhan pada tahun 2015 hingga ke sepenuhnya pada tahun 2018. Railway Technology melaporkan perjanjian ini akan melihat kereta api yang kuasa elektriknya dijanakan sepenuhnya oleh kuasa angin pada tahun 2018 dimana ladang-ladang kincir angin yang terbabit bukan sahaja dari negara Belanda  tetapi juga dari negara Belgium, dan negara-negara Skandinavia bersebelahan.

Selebihnya »

Konsep Hyperloop Elon Musk Menghampiri Realiti?

Bayangkan Kuala Lumpur ke Singapura dalam masa kurang dari setengah jam. Mustahil? Dengan Hyperloop, ianya tidak mustahil! Asalkan ada pihak yang berjaya membawa konsep itu ke realiti. Hyperloop; satu konsep yang diketengahkan oleh CEO SpaceX dan Tesla Motors Elon Musk di dalam kertas putih 57 muka surat pada Ogos 2013, adalah jaringan pengangkutan atas darat dalam bentuk tiub yang melangkaui ratusan kilometer. Dengan tekanan udara yang sangat rendah menghampiri tahap vakum di dalam tiub tersebut, kapsul berisi penumpang akan bergerak di dalam tiub itu dengan kelajuan hampir supersonik (kelajuan bunyi).

Selebihnya »