Tag Archives: NASA

NASA Mahu Pesawat Angkasanya Memancing Asteroid

Comet Hitchhiker (menumpang komet) adalah satu konsep yang dibangunkan oleh NASA Jet Propulsion Laboratory (JPL) dimana pesawat angkasa akan menumpang asteroid (tahi bintang) dengan memancingnya dahulu untuk mendarat di atasnya. Menumpang asteroid boleh menjimatkan masa dan bahan api bagi pesawat angkasa untuk pergi ke destinasi yang jauh seperti ke planet-planet yang lain di dalam sistem solar kita. Asteroid yang ditumpang itu juga boleh dikaji dalam masa yang sama.

Selebihnya »

Rama-rama di Angkasa Hasil Tangkapan Teleskop Hubble

Siapa sangka, ada rama-rama di angkasa. Oh tidak, ini bukan serangga rama-rama, tapi imej Nebula menakjubkan hasil tangkapan teleskop Hubble. Nebula, menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 bermaksud kepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di langit pada waktu malam.

Selebihnya »

Pesawat Sengaja Di Hempaskan oleh NASA

Bukankah seronok jika kita dapat menghempaskan barang seperti sebuah pesawat sebagai aktiviti kerja kita? Hari ini, NASA membiarkan sebuat pesawat kecil model Cessna terhempas demi Sains! Dalam usaha untuk mengetahui bagaimana sistem transmisi kecemasan bertahan dengan impak yang ganas, NASA telah sengaja menghempaskan 3 pesawat kecil sejak awal Julai tahun ini.

Selebihnya »

NASA Berjaya Uji Turbopump Hasil 3D Print

Alat untuk 3D print sekarang semakin popular dan meluas, malah pasaran untuk pengguna juga telah wujud berbanding dulu di mana hanya digunakan oleh industri. Baru-baru ini, NASA telah berjaya menguji turbopump (komponen untuk mengepam bahan api ke ruang pembakaran (combustion chamber) yang di buat dengan cara 3D print untuk projek enjin roket 3D print mereka.

Selebihnya »

NASA Guna Semula Barang dari Kapal Angkasa Lama untuk ISS

Kapal-kapal Angkasa dari Program Space Shuttle oleh NASA yang diterbangkan kali terakhir pada tahun 2011 kini berada di muzium-muzium di sekitar Amerika Syarikat. Minggu lepas, 4 tangki air dari Space Shuttle Endavour yang kini berada di Pusat Sains California, Los Angeles dikeluarkan oleh jurutera NASA untuk kegunaan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Tangki-tangki air yang mempunyai kapasiti gabungan 300 liter tersebut sebelum ini digunakan untuk simpanan air krew Space Shuttle dan juga untuk mengisi semula air di ISS. Pada bulan Mei lepas, tangki dari kapal Atlantis yang berada di Pusat Angkasa Kennedy, Florida juga dikeluarkan oleh NASA.

Selebihnya »