Tag Archives: NASA

VIDEO : NASA Muat Naik Video 360 Darjah Planet Marikh Ke YouTube

Satu video 360 darjah pemandangan di Planet Marikh dari perspektif robot perayau Curiosity milik NASA telah dimuat naik ke Facebook pada sekitar dua minggu yang lepas. Video 360 darjah untuk realiti maya (VR) itu walau bagaimanapun adalah agak pelik dengan efek fish-eye pada gambar video tersebut. Semalam, NASA telah memuat naik video 360 darjah terbaru yang lebih berkualiti ke laman YouTube pula. Anda boleh memusingkan pandangan di dalam video itu sama ada dengan menekan butang di bahagian atas kanan video tersebut ataupun menggunakan gabungan telefon pintar anda, Google Cardboard dan aplikasi YouTube untuk pemandangan secara realiti maya.

Selebihnya »

Bunga Angkasa Lepas

Bunga di angkasa lepas? Ya! Angkasawan di stesen angkasa antrabangsa (ISS) telah berjaya menumbuhkan pokok bunga zinnia sehingga bunganya mengembang. Gambar bunga zinnia di atas adalah gambar dari ISS yang ditangkap oleh angkasawan NASA Scott Kelly dan dikongsikan pada 16 Januari 2016 yang lepas melalui akaun Twitternya. Ini adalah bunga pertama yang berjaya ditumbuhkan sehingga bunganya mengembang di angkasa lepas.

Selebihnya »

Marikh Mungkin Akan Ada Gelang Seperti Zuhal Akibat Bulannya Yang Akan Musnah

Pada dua minggu yang lepas, pihak NASA ada mengumumkan bahawa kajian mereka menunjukkan bulan Phobos — bulan terbesar yang mengorbit Marikh — sedang berada dalam proses untuk hancur berkecai disebabkan oleh kesan sampingan daya graviti yang dikenakan oleh planet Marikh ke atasnya. Tambahan lagi kerana kedudukannya yang terlalu dekat dengan Marikh — 6,000 km dari Marikh (bulan kita pula pada sekitar 385,000 km dari bumi). Kajian terbaru pula mengatakan serpihan bulan Phobos yang hancur itu nanti akan membentuk satu gelang di sekeliling Marikh, lebih kurang sama seperti gelang yang ada sekarang di sekeliling Zuhal.

Selebihnya »

Rangkaian Satelit Seluruh Dunia Untuk Kesan Kebakaran Hutan Dari Awal

Kebakaran hutan pada skala besar yang menyebabkan jerebu boleh dikatakan sebagai fenomena tahunan bagi negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Usaha memadam kebakaran hutan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan terutamanya apabila kebakaran telahpun merebak luas. NASA ingin membantu dengan sistem mereka yang boleh mengesan kebakaran hutan dari awal tak kira di mana di seluruh dunia. Sistem yang bernama FireSat ini akan terdiri dari lebih 200 sensor pengimejan haba infra-merah di atas satelit yang akan ditempatkan di sekeliling bumi. Kesemua sensor itu boleh mengesan kebakaran yang telah merebak seluas 10 hingga 15 meter (35-50 kaki) dalam masa 15 minit permulaanya.

Selebihnya »