Tag Archives: Musytari

Video 4K Planet Musytari Terbaru Oleh NASA

Program Legasi Atmosfera Planet Luaran (OPAL) oleh NASA adalah program untuk memerhati keadaan atmosfera planet luaran (planet Musytari, Zuhal, Uranus & Neptun) setiap tahun menggunakan teleskop angkasa Hubble. Gambar-gambar beresolusi tinggi terbaru bagi planet Musytari baru sahaja disiarkan oleh NASA di laman Goddard Spaceflight Center. Gambar-gambar tersebut juga telah digabungkan menjadi satu video beresolusi 4K dan telah dimuat naik di Youtube — anda boleh lihatnya di akhir artikel ini.

Selebihnya »

Data Tentang Pluto Dari Pesawat New Horizon NASA Mula Dimuat Turun Sepenuhnya

Dilancarkan dari bumi pada 19 Januari 2006, pesawat New Horizon oleh NASA mendekati planet Musytari (Jupiter) untuk kajian saintifik dan bantuan lonjakan graviti (memberi kuasa tujah tambahan untuk ke Pluto) pada Februari 2007, menjalankan peninjauan lintas (flyby) planet kerdil Pluto dan bulan-bulannya selama 6 bulan dan dengan kemuncaknya berada di kedudukan terdekat dengan Pluto pada 14 Julai 2015. Proses memuat turun segala data kajian Pluto yang akan mengambil masa selama setahun pula telah dimulakan pada 5 September 2015 yang lalu.

Selebihnya »