Tag Archives: Lautan

Dengar Bunyi Dari Kawasan Paling Dalam Di Lautan

Pada kedalaman lebih dari 7 batu, Jurang Mariana yang terletak di bahagian barat Lautan Pasifik adalah kawasan yang paling dalam di lautan bumi. Agensi kerajaan dari Amerika Syarikat (NOAA dan US Coast Guard) bersama-sama dengan Universiti Oregon State pada bulan Julai 2015 telah menghantar sebuah hydrofon yang dilitupi oleh logam titanium ke dalam jurang itu untuk merakamkan bunyi di sana. Rakaman-rakaman bunyi itu telah pun dimuat naik pada laman web NOAA pada minggu lepas.

Selebihnya »

Terumbu Karang Terancam Oleh Kejadian Pelunturan Global

Batu karang adalah pemandangan yang indah di dalam laut. Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan Amerika Syarikat (NOAA) minggu ini telah mengumumkan kejadian pelunturan terumbu karang yang mengancam lebih 38% terumbu karang di seluruh dunia dan boleh membunuh lebih dari 12,000 km persegi terumbu karang.

Selebihnya »