Tag Archives: kesihatan

Ujian Ini Boleh Kesan Semua Jenis Virus Yang Jangkiti Manusia

Untuk mengesan virus apa yang menjangkiti seseorang pesakit, ujian diagnostik yang ada sekarang selalunya tidak cukup sensitif untuk mengesan virus tersebut. Doktor perlu menggunakan ujian tertentu berdasarkan penyakit apa yang disyaki oleh doktor tersebut untuk mengesahkan virus yang menjangkiti pesakit. Mengikut kajian terbaru yang diterbitkan di Genome Research, satu jenis ujian yang dibangunkan oleh penyelidik di Universiti Washington, Amerika Syarikat boleh mengesan apa jua jenis virus yang menjangkiti manusia dan haiwan.

Selebihnya »

Jantung Tiruan Diperbuat Dari Foam

Jantung yang diperbuat dari foam mungkin boleh dijadikan pengganti kepada yang memerlukannya suatu hari nanti. Diinspirasikan dari robotik lembut (soft robotics), penyelidik dari Universiti Cornell di Amerika Syarikat telah mereka jantung tiruan yang diperbuat dari foam yang boleh mengepam lebih banyak isipadu cecair berbanding jantung tiruan yang lain. Ciri-ciri bahan foam yang mempunyai banyak liang-liang di dalamnya membenarkan udara mengalir melaluinya dan membolehkannya berdegup — sama seperti darah yang mengalir melalui saluran darah untuk membuatkan jantung berdegup.

Selebihnya »

Bahan Ini Boleh Bina Salur Darah Dengan Sendirinya

Satu hasil kajian terbaru mungkin boleh memberi implikasi yang besar kepada usaha untuk menghasilkan tisu dan organ tiruan manusia bagi tujuan perubatan. Penyelidik di Universiti Queen Mary, London baru-baru ini berjaya membangunkan satu teknik di mana protein dan peptid boleh bersambung dengan sendirinya menjadi bentuk tiub yang menyerupai saluran darah. Tanpa melibatkan teknik seperti 3D print, saintis hanya perlu mengawal dan membimbing bahan tersebut untuk membentuk dengan sendirinya. Bahan ini juga boleh membesar dan pulih dengan sendirinya.

Selebihnya »

Mesin Ini Mencetak Objek 3D Menggunakan Tisu Manusia

Mesin yang boleh mencetak objek 3D bukanlah sesuatu yang baru. Tapi, apa yang unik tentang mesin ini adalah objek yang dicetak nampak seperti tergantung di udara setelah dicetak. Selain itu, bahan yang keluar dari jarum mesin itu adalah tisu hidup manusia.

Selebihnya »

Kenali Rabies Melalui 5 Fakta Ini

World Organisation of Animal Health (Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia) telah mengisytiharkan Malaysia sebagai bebas Rabies sejak tahun 2012. Walau bagaimanapun, kita dikejutkan pada Khamis minggu lepas dengan laporan pengisytiharan bahawa Perlis, Kedah dan Pulau Pinang adalah kawasan jangkitan penyakit rabies atau nama lainnya anjing gila. Mungkin ada yang bertanya, rabies itu apa?

Selebihnya »

Tangan Palsu Yang Dilengkapi Deria Rasa

DARPA, agensi penyelidikan ketenteraan Amerika Syarikat baru-baru ini berjaya mengembalikan deria rasa seorang lelaki berumur 28 tahun yang lumpuh akibat kecederaan saraf tunjang melalui tangan palsu yang mempunyai sambungan dengan otaknya. Pesakit lumpuh itu berjaya meneka jari yang mana dari tangan palsunya disentuh dengan ketepatan hampir 100 peratus dalam satu eksperimen yang dijalankan.

Selebihnya »

Tulang Rusuk Palsu 3D Print Yang Pertama Sebagai Implan

Baru-baru ini, seorang lelaki Sepanyol berumur 54 tahun yang kehilangan tulang dada dan sebahagian tulang rusuknya disebabkan kanser telah menggantikan tulangnya yang hilang tersebut dengan tulang palsu (prosthetic) buatan 3D print yang menggunakan Adamantium, sejenis titanium yang ringan dan sangat kuat sebagai bahannya. Walaupun implan 3D print titanium bukanlah sesuatu yang baru, tetapi implan untuk tulang rusuk menggunakan 3D Print tidak pernah dihasilkan dan dipasang sebelum ini.

Selebihnya »

Mabuk Laut Mungkin Boleh Dirawat Dengan Telefon di Masa Depan

Jika anda adalah jenis yang boleh mabuk semasa menaiki bot atau di dalam kereta (terutamanya bila naik ke Cameron Highlands), ini adalah berita baik untuk anda. Sekumpulan penyelidik dari Imperial College London telah berjaya menemui cara untuk merawat keadaan mabuk sebegitu dengan mengenakan arus elektrik yang kecil pada kepala.

Selebihnya »