Tag Archives: kesihatan

Sperma Berenang Lebih Laju Apabila Menyusur Seperti Ular

Mengenal pasti sperma yang berkualiti adalah salah satu langkah yang penting dalam proses persenyawaan in-vitro (IVF). Bagi yang tidak tahu, IVF adalah satu teknik persenyawaan telur wanita dengan sperma lelaki di luar rahim bagi pasangan yang menghadapi masalah mendapatkan anak. Memahami pergerakan sperma boleh membantu mencari sperma yang paling berkualiti. Baru-baru ini, buat pertama kalinya sperma dilihat berenang secara menyusur ke kiri dan ke kanan seperti ular di sepanjang permukaan. Renangan sperma secara menyusur juga didapati adalah 50 peratus lebih laju berbanding cara renangan sperma secara berputar dalam tiga-dimensi seperti skrew (cara berenang sperma yang telah diketahui selama ini).

Selebihnya »

Pergi Kerja Naik Bas Atau Tren Untuk Elak Diabetes

Kereta? Bas? Tren? Basikal? Apakah pilihan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja anda? Mengikut satu kajian terbaru oleh penyelidik dari Pusat Pemeriksaan Kesihatan Moriguchi City, Osaka di Jepun, menaiki bas atau tren ke tempat kerja dapat dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk menghidapi tekanan darah tinggi, diabetes dan berat badan berlebihan. Jika dibandingkan dengan pemandu kereta, pengguna pengangkutan awam adalah 27 peratus kurang berkemungkinan menghidapi tekanan darah tinggi, 34 peratus kurang berkemungkinan menghidapi diabetes dan 44 peratus kurang berkemungkinan mempunyai berat badan berlebihan.

Selebihnya »

Cat Ini Boleh Hapuskan 99.9% Bakteria

Hospital adalah tempat untuk merawat penyakit, bukan untuk berjangkit dengan penyakit. Untuk mengelakkan menjangkiti orang dengan penyakit di hospital, kebersihan di hospital adalah salah satu langkah utamanya. Cat yang bernama Paint Shield ini mungkin adalah satu berita gembira bagi pihak hospital. Cat ciptaan syarikat Sherwin-Williams ini boleh membunuh 99.9 peratus bakteria — termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit MRSA dan E. Coli — hanya selepas dua jam cat di gunakan. Cat Paint Shield ini diberi jaminan untuk berterusan melindungi dinding yang dicat dari bakteria sehingga jangka masa empat tahun.

Selebihnya »

Rangsangan Elektrikal Pada Otak Untuk Kurangkan Berat Badan

Baru semalam sahaja, kami bawakan berita tentang jenis diet yang efektif (dan tak efektif) untuk kurangkan berat badan. Berita tentang cara pengurangan berat badan pada hari ini pula mungkin bunyi agak pelik. Saintis dari Institut Kesihatan Nasional di Amerika Syarikat telah berjaya mengurangkan berat badan pesakit obesiti menggunakan cara rangsangan elektrikal pada otak.

Selebihnya »

Kajian Menunjukkan Jenis Seluar Dalam Pengaruhi Kualiti Sperma

Dalam usaha untuk mendapatkan anak, kualiti sperma di dalam air mani lelaki adalah antara satu elemen yang penting. Berdasarkan satu kajian terbaru yang dijalankan, lelaki yang memakai seluar dalam longgar seperti ‘boxer‘ di siang hari dan tidak memakai apa-apa seluar dalam semasa tidur mempunyai kualiti sperma yang lebih baik berbanding lelaki yang memakai jenis seluar dalam yang ketat seperti ‘spender‘.

Selebihnya »

Paten Kanta Lekap Pintar Dikuasai Solar Oleh Google

Paten kanta lekap pintar yang diumumkan oleh Google pada tahun 2014 telah diterima oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat pada awal minggu lepas. Apa yang kanta lekap ini boleh buat? Secara dasarnya, ia boleh mengumpul data biologi si pemakai dan persekitarannya dan berhubung dengan komputer. Semasa diumumkan pada tahun 2014, Google hanya menyatakan bahawa kanta lekap ini mempunyai sensor glukosa untuk mengukur kadar gula melalui air mata si pemakai dan cip wireless untuk berkomunikasi dengan komputer. Berdasarkan paten terbaru ini, kanta ini akan dikuasai oleh tenaga solar melalui sel solar yang ada pada kanta itu.

Selebihnya »

Air Yang Tercemar Kini Boleh Dikesan Serta-Merta

Sumber air yang bersih adalah penting untuk kesihatan kita. Cara yang selalu digunakan untuk menguji kualiti air sama ada bersih atau telah tercemar mengambil masa beberapa hari — terlalu lambat untuk mencegah sesuatu fenomena masalah kesihatan bagi penduduk kawasan yang terjejas. Sebuah syarikat startup dari Denmark yang bernama SBT Aqua telah membangunkan satu alat yang mampu mengesan sama ada air telah tercemar dalam masa-nyata (real-time).

Selebihnya »