Tag Archives: Jepun

Sel Retina Yang Dibesarkan Di Dalam Makmal Baiki Penglihatan Monyet

Retinitis pigmentosa (RP) adalah masalah genetik mata yang merosakkan retina (selaput yg di sebelah belakang biji mata yang peka terhadap cahaya) mata. Permasalahan yang tidak ada penawar ini boleh menghilangkan sepenuhnya penglihatan orang yang menghidapnya. Penyelidik dari Institut RIKEN di Jepun kini telah berjaya membesarkan tisu retina di dalam makmal dan melakukan pemindahan tisu itu ke dalam retina monyet resus yang menghidapi RP. Penglihatan monyet resus itu didapati menjadi semakin baik dua minggu selepas pemindahan tisu itu dijalankan.

Selebihnya »

Pergi Kerja Naik Bas Atau Tren Untuk Elak Diabetes

Kereta? Bas? Tren? Basikal? Apakah pilihan pengangkutan untuk pergi ke tempat kerja anda? Mengikut satu kajian terbaru oleh penyelidik dari Pusat Pemeriksaan Kesihatan Moriguchi City, Osaka di Jepun, menaiki bas atau tren ke tempat kerja dapat dikaitkan dengan risiko yang lebih rendah untuk menghidapi tekanan darah tinggi, diabetes dan berat badan berlebihan. Jika dibandingkan dengan pemandu kereta, pengguna pengangkutan awam adalah 27 peratus kurang berkemungkinan menghidapi tekanan darah tinggi, 34 peratus kurang berkemungkinan menghidapi diabetes dan 44 peratus kurang berkemungkinan mempunyai berat badan berlebihan.

Selebihnya »

Anda Boleh Programkan Tarian Untuk Robot Ini

Robot menari? Ya betul! DMM, satu syarikat elektronik dari Jepun telah mencipta satu robot yang boleh menari mengikut apa jenis tarian yang anda programkannya. Satu perisian akan dikeluarkan oleh DMM supaya anda boleh mereka “data tarian” untuk mengajar robot itu menari mengikut tarian yang anda ingini. Anda juga boleh menghiasi robot yang diberi nama Premaid AI ini mengikut citarasa anda melalui beberapa fesyen pakaian yang akan disediakan untuk robot ini. Bukan itu saja, anda juga boleh mengubah bentuk badan robot ini berdasarkan data 3D CAD yang akan dikeluarkan oleh DMM dan cetaknya menggunakan pencetak 3D.

Selebihnya »

VIDEO : Baling Robot Bola Ini Dan Ianya Bangun Dan Berjalan Sendiri

Robot di dalam video Youtube di atas adalah robot bernama QRoSS yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Teknologi Chiba di Jepun. Seperti yang anda lihat, setelah dibaling, robot yang mempunyai sangkar berbentuk sfera itu boleh bangun dan berjalan dengan sendirinya menggunakan empat kakinya. Sangkar sfera robot itu bersaiz 30cm diameter dan berfungsi sebagai penyerap hentakan. Apabila berjalan, robot QRoSS ini mempunyai kelajuan 0.1 meter sesaat manakala kelajuan bergulingnya pula adalah pada 0.6 meter sesaat. Beratnya keseluruhan robot ini pula adalah 2.5 kg.

Selebihnya »

Mesin Yang Boleh Melipat Kain Dari Jepun

Melipat kain adalah satu aktiviti yang tidak boleh dielakkan melainkan anda menghantar kesemua kain anda ke dobi pada setiap masa. Anda tidak suka melipat kain? Laundroid mungkin dapat membantu anda. Laundroid adalah satu projek penyelidikan bersama di antara tiga syarikat Jepun iaitu Panasonic, Daiwa House dan Seven Dreamers Laboratories. Projek yang bermula sejak tahun 2008 ini ingin membangunkan sistem yang boleh menguruskan kain-kain anda dari membasuh sehingga melipatkannya. Produk pertamanya yang dilancarakan di pameran CEATEC 2015 di Jepun adalah mesin yang boleh melipat kain.

Selebihnya »

Ladang Yang Dioperasikan Sepenuhnya Oleh Robot Di Jepun

Robot bakal menggantikan manusia sebagai petani di negara Jepun pada masa hadapan. Sebuah syarikat Jepun yang bernama Spread ingin membuka sebuah ladang tertutup yang dioperasikan sepenuhnya oleh komputer dan robot untuk menghasilkan sayur salad yang lebih murah dan lebih mesra alam pada tahun 2017.

Selebihnya »