Tag Archives: haiwan

Hydra Boleh Hidup Selamanya

Hydra adalah sekumpulan haiwan tidak bertulang belakang yang rupanya seperti tiub kecil dengan beberapa sesungut di satu hujungnya. Berdasarkan kajian terbaru, haiwan kecil ini didapati tidak menunjukkan sebarang tanda penuaan dan jika hidup di dalam suatu persekitaran terkawal yang tertentu, ia boleh hidup selama-lamanya.

Selebihnya »

Tardigrade, Haiwan Yang Hampir Mustahil Untuk Dibunuh Mempunyai DNA Asing

Tardigrade, atau nama lainnya beruang air, adalah haiwan mikroskopik yang bersaiz sekitar 1 milimeter dan boleh kekal hidup dalam persekitaran ekstrem. Angkasa lepas? Boleh. Keadaan bersuhu dari 0 sehingga lebih sedikit dari suhu didih air? Boleh juga. Persekitaran bertekanan tinggi dan beradiasi tinggi? Tiada masalah. 10 tahun tanpa air dan makanan? Tiada masalah juga. Berdasarkan kajian terbaru, beruang air ini didapati mempunyai jumlah DNA asing yang terbanyak di dalam seseekor haiwan yang pernah dijumpai — satu faktor yang mungkin membantunya bertahan hidup di pelbagai persekitaran ekstrem.

Selebihnya »

Volvo Uji Teknologi Mengelak Kangaroo Di Australia

Teknologi brek secara automatik yang ada pada beberapa model kereta sekarang selalunya berfungsi untuk pemanduan dalam bandar — membantu pemandu brek dari melanggar kereta, basikal atau pejalan kaki jika pemandu tidak sempat brek sendiri. Tapi bagaimana jika ada binatang yang tiba-tiba melintas jalan di hadapan anda? Kumpulan pakar keselamatan Volvo pergi ke Australia untuk ‘mengajar’ teknologi mereka mengelak dari melanggar Kangaroo — haiwan yang sukar diramal pergerakannya dan susah untuk dielak.

Selebihnya »

VIDEO : Skunk Dengan Aksi Handstand-nya

Skunk adalah binatang comel yang terkenal dengan bau busuk yang dikeluarkannya apabila berasa takut atau terancam. Kebanyakan spesies skunk berada di Amerika Utara. Di Malaysia (hanya di Sabah & Sarawak) pun ada sejenis skunk yang kita panggil teledu. Jenis skunk yang hendak diceritakan dalam artikel ini pula boleh dijumpai di bahagian selatan Amerika Utara. Skunk yang dikenali sebagai skunk bertompok ini bukan sahaja memancut keluar bau busuk apabila berasa takut dan terancam seperti spesies skunk yang lain, ia juga akan membuat aksi handstand — berdiri terbalik di atas tangan — dahulu di hadapan pemangsanya sebelum memancut bau busuk dari punggungnya.

Selebihnya »