Tag Archives: Bulan

Rusia Ingin Angkasawannya Berjalan Di Atas Bulan Pada Tahun 2029

Siapa yang tidak kenal Neil Armstrong — manusia pertama yang menjejaki bulan. Manusia terakhir yang berjalan di bulan pula adalah angkasawan NASA yang bernama Eugene Cernan, pada tahun 1972. Minggu ini, Rusia melalui agensi angkasanya, Roscosmos mengumumkan misi mereka untuk menghantar angkasawan mereka ke bulan pada tahun 2029. Misi itu akan menggunakan pesawat angkasa terbaru mereka yang akan mula menjalankan penerbangan ujian pada tahun 2021.

Selebihnya »

Ribuan Gambar Dari Misi Apollo NASA Kini Di Flickr

Misi Apollo 11 oleh NASA adalah misi pertama yang berjaya mendaratkan manusia (Angkasawan Neil Armstrong dan Angkasawan Buzz Aldrin) ke atas bulan. Semenjak itu, 5 lagi misi Apollo oleh NASA berjaya mendaratkan manusia ke bulan — 12 orang jumlah angkasawan kesemuanya yang menjejakkan kaki ke bulan. Pada Jumaat yang lepas, Project Apollo Archive telah menerbitkan lebih dari 8,400 gambar beresolusi tinggi dari misi-misi NASA ke bulan. Hampir kesemua gambar dari penjejakan pertama Angkasawan Neil Armstrong ke bulan sehingga misi terakhir manusia ke bulan; Apollo 17 boleh dilihat dan dimuat turun di laman Flickr itu.

Selebihnya »

Gerhana Bulan Super

#SuperBloodMoon #BloodMoon #BloodRedMoon Tiga hashtag di atas adalah antara beberapa hashtag yang digunakan oleh orang ramai untuk fenomena yang terjadi pada malam 27 September 2015. Malangnya buat kita di Asia Tenggara ini, fenomena ini hanya boleh disaksikan jika anda berada di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika barat dan Eropah barat. Bagi yang berada di kawasan-kawasan tersebut, bulan pada malam itu akan berwarna kemerahan dan bersaiz lebih besar dari biasa (sehingga 14% dari biasa). Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada tahun 1982 dan tahun 2033 adalah waktu seterusnya fenomena ini boleh dilihat semula.

Selebihnya »

China Mahu Mendarat Di Bahagian Gelap Bulan

Bahagian gelap bulan atau dikenali juga dengan panggilan ‘dark side of the moon‘ adalah bahagian bulan yang tidak pernah bersemuka dengan muka bumi. Ini terjadi kerana kelajuan putaran bulan di atas paksinya adalah sama dengan kelajuannya mengorbit bumi. Sehingga sekarang tiada negara yang pernah mendarat apa-apa objek di sana. China mahu menjadi yang pertama.

Selebihnya »