Tag Archives: Angkasa

Angkasawan ISS Cuba Cara Baru Tapis Urin Jadi Air Minuman

Air adalah sangat penting untuk kehidupan manusia termasuk angkasawan yang tinggal di angkasa. Menghantar air dari muka bumi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah satu perkara yang sangat memeningkan kepala jurutera dan kosnya pula sangat tinggi. Jadi, kitar semula air di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan adalah satu perkara yang amat penting. Sistem kitar semula air yang ada di ISS sekarang adalah canggih dan teknologinya digunakan di atas bumi di kawasan-kawasan ketandusan air seperti di Afrika. Walaubagaimanapun, penapis utama sistem itu ada yang sampai berat 150kg untuk satu penapis dan mesti kerap diganti sebab selalu tersumbat dengan molekul-mokelul yang tak diingini.

Selebihnya »

NASA Guna Semula Barang dari Kapal Angkasa Lama untuk ISS

Kapal-kapal Angkasa dari Program Space Shuttle oleh NASA yang diterbangkan kali terakhir pada tahun 2011 kini berada di muzium-muzium di sekitar Amerika Syarikat. Minggu lepas, 4 tangki air dari Space Shuttle Endavour yang kini berada di Pusat Sains California, Los Angeles dikeluarkan oleh jurutera NASA untuk kegunaan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Tangki-tangki air yang mempunyai kapasiti gabungan 300 liter tersebut sebelum ini digunakan untuk simpanan air krew Space Shuttle dan juga untuk mengisi semula air di ISS. Pada bulan Mei lepas, tangki dari kapal Atlantis yang berada di Pusat Angkasa Kennedy, Florida juga dikeluarkan oleh NASA.

Selebihnya »