Tag Archives: Angkasa

Ais Gergasi Dikesan Di Bawah Permukaan Marikh

Ais sebesar satu setengah kali ganda pulau Borneo dikesan di bawah permukaan planet Marikh hasil kajian penyelidik dari Universiti Arizona, Amerika Syarikat. Mereka percaya bahawa ais ini mungkin adalah hasil dari hujan salji yang turun di planet Marikh berjuta-juta tahun yang lalu. Walaupun permukaan Marikh sekarang adalah kering dan sejuk, tetapi terdapat banyak bukti yang menunjukkan bahawa Marikh pada masa dahulu pernah di penuhi dengan sungai, tasik dan lautan.

Selebihnya »

VIDEO : Meteor Meletup Di Ruang Udara Bangkok

Seperti yang dilihat di video Youtube di atas, warga kota Bangkok pada 7 September lepas dikejutkan dengan kehadiran bebola api di ruang udara bandar tersebut yang dilihat seperti hendak terhempas ke darat sebelum meletup di udara dan hilang begitu sahaja. Bebola api itu disahkan sebagai meteor yang meletup di ruang udara semasa memasuki ke atmosfera bumi oleh Prapee Viraporn, Presiden Persatuan Astronomi Thai. “Ini adalah (kejadian) semula jadi, fenomena biasa kerana meteor-meteor kecil jatuh ke bumi setiap hari, tetapi apa yang kita lihat adalah sama seperti yang di atas (ruang udara) Chelyabinsk, Rusia pada dua tahun yang lalu,” katanya.

Selebihnya »

China Mahu Mendarat Di Bahagian Gelap Bulan

Bahagian gelap bulan atau dikenali juga dengan panggilan ‘dark side of the moon‘ adalah bahagian bulan yang tidak pernah bersemuka dengan muka bumi. Ini terjadi kerana kelajuan putaran bulan di atas paksinya adalah sama dengan kelajuannya mengorbit bumi. Sehingga sekarang tiada negara yang pernah mendarat apa-apa objek di sana. China mahu menjadi yang pertama.

Selebihnya »

Angkasawan Di Angkasa Mengawal Rover Di Muka Bumi

Anda diarahkan untuk memasukkan silinder besi ke dalam lubang. Bunyinya mudah bukan? Bagaimana jika anda perlu mengawal robot untuk melakukan tugas itu? Andreas Mogensen, angkasawan Agensi Angkasa Eropah (ESA) baru-baru ini mengawal rover (robot pengembara) yang berada di muka bumi untuk melakukan tugas itu – dia pula berada jarak 400km jauh ke atas, mengorbit bumi di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Selebihnya »

Data Tentang Pluto Dari Pesawat New Horizon NASA Mula Dimuat Turun Sepenuhnya

Dilancarkan dari bumi pada 19 Januari 2006, pesawat New Horizon oleh NASA mendekati planet Musytari (Jupiter) untuk kajian saintifik dan bantuan lonjakan graviti (memberi kuasa tujah tambahan untuk ke Pluto) pada Februari 2007, menjalankan peninjauan lintas (flyby) planet kerdil Pluto dan bulan-bulannya selama 6 bulan dan dengan kemuncaknya berada di kedudukan terdekat dengan Pluto pada 14 Julai 2015. Proses memuat turun segala data kajian Pluto yang akan mengambil masa selama setahun pula telah dimulakan pada 5 September 2015 yang lalu.

Selebihnya »

NASA Mahu Pesawat Angkasanya Memancing Asteroid

Comet Hitchhiker (menumpang komet) adalah satu konsep yang dibangunkan oleh NASA Jet Propulsion Laboratory (JPL) dimana pesawat angkasa akan menumpang asteroid (tahi bintang) dengan memancingnya dahulu untuk mendarat di atasnya. Menumpang asteroid boleh menjimatkan masa dan bahan api bagi pesawat angkasa untuk pergi ke destinasi yang jauh seperti ke planet-planet yang lain di dalam sistem solar kita. Asteroid yang ditumpang itu juga boleh dikaji dalam masa yang sama.

Selebihnya »

Kamera Paling Canggih Di Luluskan Untuk Teleskop Angkasa

Anda merasakan kamera DSLR anda sudah cukup hebat? Hebat macam mana pun, mestilah tidak boleh lawan kamera yang baru sahaja diluluskan oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat untuk dibina – kamera digital dengan resolusi 3.2 gigapixel. Kamera yang dijanjikan sebagai yang paling canggih di dunia ini adalah sebahagian daripada Large Synoptic Survery Telescope (LSST). Dengan resolusi yang sangat besar itu, lebih banyak cahaya yang dapat diserap berbanding mana-mana teleskop di muka bumi ini – penting untuk mencari asteroid yang malap dan memahami ‘dark energy’ sebagai contoh. LSST ini akan ditempatkan di puncak bukit Cerro Pachón di Chile dan akan mula beroperasi pada tahun 2022.

Selebihnya »

Rama-rama di Angkasa Hasil Tangkapan Teleskop Hubble

Siapa sangka, ada rama-rama di angkasa. Oh tidak, ini bukan serangga rama-rama, tapi imej Nebula menakjubkan hasil tangkapan teleskop Hubble. Nebula, menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 bermaksud kepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di langit pada waktu malam.

Selebihnya »