Tag Archives: Angkasa

Video 4K Planet Musytari Terbaru Oleh NASA

Program Legasi Atmosfera Planet Luaran (OPAL) oleh NASA adalah program untuk memerhati keadaan atmosfera planet luaran (planet Musytari, Zuhal, Uranus & Neptun) setiap tahun menggunakan teleskop angkasa Hubble. Gambar-gambar beresolusi tinggi terbaru bagi planet Musytari baru sahaja disiarkan oleh NASA di laman Goddard Spaceflight Center. Gambar-gambar tersebut juga telah digabungkan menjadi satu video beresolusi 4K dan telah dimuat naik di Youtube — anda boleh lihatnya di akhir artikel ini.

Selebihnya »

Pluto Berlangit Biru Dan Ada Ais Merah Di Permukaanya

Hasil kajian terbaru pasukan New Horizon mendapati bahawa langit planet kerdil Pluto kelihatan biru dari angkasa dan terdapat ais yang berwarna merah di atas permukaan planet tersebut. Seperti gambar di atas, langit Pluto kelihatan berwarna biru apabila gambar ditangkap berlatar belakangkan matahari oleh pesawat New Horizon milik NASA.

Selebihnya »

NASA & ESA Ingin Hempaskan Pesawat Ke Objek Angkasa Untuk Gerakkanya

Anda ingat tentang filem Deep Impact dan Armegeddon di lewat tahun 90’an? Kedua-dua filem itu secara dasarnya mengisarkan tentang asteroid gergasi yang hampir menghancurkan bumi sebelum sempat diselamatkan dengan meletupkan bom nuklear pada asteroid tersebut untuk menghancurkan asteroid itu sama sekali atau mengubah arah pergerakannya mengelak bumi. NASA dan ESA (Agensi Angkasa Eropah) telah mengumumkan bahawa mereka ingin menghempaskan satu pesawat angkasa ke sebuah bulan yang mengorbit sebuah asteroid dan perhatikan sama ada bulan itu terpesong dari orbitnya atau tidak. Misi yang digelar sebagai Impak Asteroid & Penilaian Pemesongan (AIDA) ini melibatkan dua pesawat angkasa berbeza.

Selebihnya »

India Lancar Satelit Astronomi Pertamanya ke Orbit

India telah melancarkan ASTROSAT, satelit teleskop pemerhati angkasa pertamanya ke orbit rendah bumi. Menggunakan roketnya yang bernama Polar Satellite Launch Vehicle (PSLV-C30), ASTROSAT dihantar pada ketinggian lebih kurang 650 km dari bumi. Satelit kepunyaan Organisasi Penyelidikan Angkasa India (ISRO) itu adalah pemerhati angkasa pelbagai jarak gelombang (multi-wavelength) dan mempunyai jangka hayat selama 5 tahun.

Selebihnya »

Mampukah Bakteria Bumi Hidup Di Marikh?

NASA ingin membawa angkasawan ke planet Marikh satu hari nanti. Tapi, mereka tidak mahu membawa sekali mikroorganisma seperti bakteria dari bumi tanpa sengaja ke Marikh kerana takut mikroorganisma yang dibawa sekali itu boleh mengganggu ekosistem di planet tersebut. Pada 26 September lepas, pihak NASA menghantar satu belon helium yang mengandungi koleksi beberapa jenis baketeria ke 120,000 kaki di udara untuk melihat sama ada bakteria-bakteria tersebut boleh hidup atau tidak di persekitaran seperti planet Marikh.

Selebihnya »

Gerhana Bulan Super

#SuperBloodMoon #BloodMoon #BloodRedMoon Tiga hashtag di atas adalah antara beberapa hashtag yang digunakan oleh orang ramai untuk fenomena yang terjadi pada malam 27 September 2015. Malangnya buat kita di Asia Tenggara ini, fenomena ini hanya boleh disaksikan jika anda berada di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika barat dan Eropah barat. Bagi yang berada di kawasan-kawasan tersebut, bulan pada malam itu akan berwarna kemerahan dan bersaiz lebih besar dari biasa (sehingga 14% dari biasa). Kali terakhir fenomena ini berlaku adalah pada tahun 1982 dan tahun 2033 adalah waktu seterusnya fenomena ini boleh dilihat semula.

Selebihnya »

VIDEO : Jom Melawat Pluto Dari Udara

Menggunakan beberapa imej resolusi tinggi (400 meter per pixel) Pluto dari penerbangan lintas (flyby) pesawat New Horizon milik NASA, Stuart Robbins, seorang penyelidik dari Institut Penyelidikan Southwest di Boulder, Amerika Syarikat telah menghasilkan video animasi Pluto yang sangat menakjubkan seperti di atas.

Selebihnya »