Tag Archives: Angkasa

Tiada Makhluk Asing Di Bintang Misteri Itu

Pada tiga minggu yang lepas, dunia digemparkan dengan berita tentang teori yang mungkin adanya hidupan asing di sistem solar satu bintang di galaksi Milky Way kita. Mengikut kajian ahli astronomi yang mengemukakan teori itu — tiada bukti kewujudan makhluk asing yang dapat ditemui di sistem solar bintang yang diberi nama KIC 8462852 itu.

Selebihnya »

Atmosfera Marikh Telah Ditarik Keluar Oleh Matahari

Berdasarkan kajian terbaru oleh NASA, mereka percaya bahawa Marikh mempunyai lautan yang dalam dan atmosfera yang mengandungi oksigen, hidrogen dan karbon dioksida pada sekitar 4.3 billion tahun yang lalu. Tapi, kenapa planet Marikh yang kita kenali sekarang tidak seperti yang digambarkan oleh penyelidik NASA itu pada berbilion tahun yang lalu? Angin solar adalah angkaranya. Angin solar yang di’tiup’ dari matahari pada kelajuan sekitar 1.6 juta km/jam telah menarik ion dari atmosfera Marikh sedikit demi sedikit — 100 gram sesaat — sehingga menjadi hampir kering seperti sekarang.

Selebihnya »

Rusia Ingin Angkasawannya Berjalan Di Atas Bulan Pada Tahun 2029

Siapa yang tidak kenal Neil Armstrong — manusia pertama yang menjejaki bulan. Manusia terakhir yang berjalan di bulan pula adalah angkasawan NASA yang bernama Eugene Cernan, pada tahun 1972. Minggu ini, Rusia melalui agensi angkasanya, Roscosmos mengumumkan misi mereka untuk menghantar angkasawan mereka ke bulan pada tahun 2029. Misi itu akan menggunakan pesawat angkasa terbaru mereka yang akan mula menjalankan penerbangan ujian pada tahun 2021.

Selebihnya »

Misteri Kerlipan Sebutir Bintang

Semasa kita kecil, kita mungkin pernah didodoikan dengan lagu yang mengatakan bintang berkelip walaupun pada hakikatnya tidak. Bintang mungkin nampak seperti berkelip kerana pembiasan cahaya oleh atmosfera bumi. Tetapi bagi teleskop angkasa Kepler, misinya adalah untuk mencari bintang yang nampak berkelip atau malap sebentar cahayanya di angkasa lepas. Di dalam ribuan bintang yang dipantau di dalam galaksi kita, terletak di antara buruj bintang Cygnus dan buruj bintang Lyra, ada satu bintang dengan kelibat kerlipannya yang menonjol berbanding yang lain.

Selebihnya »