Tag Archives: Angkasa

Peta Permukaan Marikh Yang Direka Untuk Orang Awam

Ordnance Survey, agensi pemetaan rasmi kerajaan British buat pertama kalinya telah menghasilkan peta permukaan yang bukan dari bumi. Menggunakan data dari NASA, mereka telah menghasilkan peta permukaan planet Marikh yang mudah difahami oleh orang ramai.

Selebihnya »

Bunga Angkasa Lepas

Bunga di angkasa lepas? Ya! Angkasawan di stesen angkasa antrabangsa (ISS) telah berjaya menumbuhkan pokok bunga zinnia sehingga bunganya mengembang. Gambar bunga zinnia di atas adalah gambar dari ISS yang ditangkap oleh angkasawan NASA Scott Kelly dan dikongsikan pada 16 Januari 2016 yang lepas melalui akaun Twitternya. Ini adalah bunga pertama yang berjaya ditumbuhkan sehingga bunganya mengembang di angkasa lepas.

Selebihnya »

Peneroka Marikh Mungkin Boleh Menghasilkan Sendiri Konkrit Di Marikh

NASA ingin membawa angkasawannya untuk meneroka Marikh pada satu hari nanti. Seperti yang kita dapat lihat dalam filem ‘The Martian‘, misi meneroka Marikh kemungkinan besar akan memerlukan satu stesyen dibina di sana untuk penempatan dan kerja-kerja penyelidikan. Penyelidik dari Universiti Northwesten di Amerika Syarikat telah menemui satu cara yang mungkin dapat membantu dalam pembinaan stesyen itu. Mereka mencadangkan untuk menghasilkan konkrit dari bahan-bahan asli yang terdapat di permukaan Marikh.

Selebihnya »

‘Lori Sampah’ Angkasa Yang Menggunakan Sampah Yang Dikutip Di Angkasa Sebagai Bahan Api

Tahukah anda terdapat lebih dari 500,000 ‘sampah angkasa’ yang mengorbit bumi kita ini? Sampah-sampah angkasa yang terdiri daripada semula jadi (meteorid) dan buatan manusia (seperti satelit yang telah rosak) itu bergerak pada kelajuan sehingga 28,200 km/j — cukup laju untuk merosak atau memusnahkan satelit ataupun pesawat yang mengorbit bumi. Banyak saintis dan jurutera sedang berusaha untuk ‘membersihkan’ sampah-sampah angkasa itu. Jurutera dari Universiti Tsinghua di Beijing baru-baru ini pula mencadangkan satu konsep rekaan enjin pesawat angkasa yang boleh ‘memakan’ sampah angkasa dalam laluannya dan menukarkannya menjadi bahan api plasma untuk mengkuasakan misi pembersihan sampah angkasa oleh pesawat itu.

Selebihnya »

Marikh Mungkin Akan Ada Gelang Seperti Zuhal Akibat Bulannya Yang Akan Musnah

Pada dua minggu yang lepas, pihak NASA ada mengumumkan bahawa kajian mereka menunjukkan bulan Phobos — bulan terbesar yang mengorbit Marikh — sedang berada dalam proses untuk hancur berkecai disebabkan oleh kesan sampingan daya graviti yang dikenakan oleh planet Marikh ke atasnya. Tambahan lagi kerana kedudukannya yang terlalu dekat dengan Marikh — 6,000 km dari Marikh (bulan kita pula pada sekitar 385,000 km dari bumi). Kajian terbaru pula mengatakan serpihan bulan Phobos yang hancur itu nanti akan membentuk satu gelang di sekeliling Marikh, lebih kurang sama seperti gelang yang ada sekarang di sekeliling Zuhal.

Selebihnya »

Planet Paling Menyerupai Bumi Tak Mesra Hidupan Kerana Radiasi

Pada Januari awal tahun ini, ahli astronomi telah mengumumkan penemuan dua buah planet yang hampir serupa bumi — bersaiz hampir sama dengan bumi dan berada pada jarak dari mataharinya yang secara teorinya boleh wujud air di permukaannya. Salah satu dari planet itu adalah Kepler-438b, planet dengan diameter 12 peratus lagi besar dari bumi dan berada pada jarak sekitar 470 tahun cahaya di dalam buruj Lyra. Berdasarkan kajian terbaru, bintang kerdil merah di pusat sistem solar planet Kepler-438b didapati menghasilkan super-suar sekuat 100 billion megatan TNT — satu fenomena yang boleh menjadikan planet itu penuh dengan radiasi dan tidak sesuai untuk apa jenis hidupan.

Selebihnya »