Ada Bakteria Dalam Perut Kita Yang Mengawal Selera Makan Kita

Ya, seperti kata tajuk di atas, kajian terbaru menunjukkan bahawa ada bakteria di dalam perut yang mengeluarkan sejenis protein yang ‘mengenyangkan’ kita sekitar 20 minit selepas makan. Kesimpulan ini dicapai oleh sekumpulan saintis dari Universiti Rouen di Perancis semasa mereka mengkaji protein yang dihasilkan oleh sejenis bakteria E. Coli yang hidup di dalam perut tikus makmal. Selepas sekitar 20 minit tikus makmal itu diberi makmal, bakteria E. Coli di dalam perut tikus tersebut didapat mengeluarkan beberapa jenis protein yang tidak dikeluarkan sebelum itu — manusia selalunya berasa kenyang pada sekitar 20 minit selepas makan.

Selebihnya »

Tardigrade, Haiwan Yang Hampir Mustahil Untuk Dibunuh Mempunyai DNA Asing

Tardigrade, atau nama lainnya beruang air, adalah haiwan mikroskopik yang bersaiz sekitar 1 milimeter dan boleh kekal hidup dalam persekitaran ekstrem. Angkasa lepas? Boleh. Keadaan bersuhu dari 0 sehingga lebih sedikit dari suhu didih air? Boleh juga. Persekitaran bertekanan tinggi dan beradiasi tinggi? Tiada masalah. 10 tahun tanpa air dan makanan? Tiada masalah juga. Berdasarkan kajian terbaru, beruang air ini didapati mempunyai jumlah DNA asing yang terbanyak di dalam seseekor haiwan yang pernah dijumpai — satu faktor yang mungkin membantunya bertahan hidup di pelbagai persekitaran ekstrem.

Selebihnya »

Marikh Mungkin Akan Ada Gelang Seperti Zuhal Akibat Bulannya Yang Akan Musnah

Pada dua minggu yang lepas, pihak NASA ada mengumumkan bahawa kajian mereka menunjukkan bulan Phobos — bulan terbesar yang mengorbit Marikh — sedang berada dalam proses untuk hancur berkecai disebabkan oleh kesan sampingan daya graviti yang dikenakan oleh planet Marikh ke atasnya. Tambahan lagi kerana kedudukannya yang terlalu dekat dengan Marikh — 6,000 km dari Marikh (bulan kita pula pada sekitar 385,000 km dari bumi). Kajian terbaru pula mengatakan serpihan bulan Phobos yang hancur itu nanti akan membentuk satu gelang di sekeliling Marikh, lebih kurang sama seperti gelang yang ada sekarang di sekeliling Zuhal.

Selebihnya »

Jantina Kini Boleh Dikenali Melalui Cap Jari

Anda pasti tahu bahawa membanding kesap cap jari adalah antara cara yang digunakan oleh pihak penyiasat seperti polis untuk mengenal pasti penjenayah di dalam sesuatu kes yang disiasat. Pihak polis perlu membandingkan cap jari itu dengan rekod cap jari yang mereka ada ataupun cap jari bagi suspek utama yang telah ditangkap untuk mengenal pasti penjenayah yang sebenar. Akan datang, jika mereka tidak dapat jumpa cap jari yang serupa, mereka boleh mengetahui jantina cap jari itu untuk membantu siasatan mereka.

Selebihnya »

Saintis Berjaya Mencipta Litar Elektronik Di Dalam Bunga Ros

Cyborg — hidupan (selalunya manusia) yang mempunyai alat elektronik di dalam badannya, bukanlah sesuatu yang baru dalam bidang sains. Saintis dari Sweden baru-baru ini telah berjaya menghasilkan satu cyborg yang lagi hebat daripada yang pernah ada sebelum ini. Bunga ros dengan litar elektronik yang ‘tumbuh’ sendiri di dalamnya.

Selebihnya »

Rangkaian Satelit Seluruh Dunia Untuk Kesan Kebakaran Hutan Dari Awal

Kebakaran hutan pada skala besar yang menyebabkan jerebu boleh dikatakan sebagai fenomena tahunan bagi negara Malaysia, Singapura dan Indonesia. Usaha memadam kebakaran hutan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan terutamanya apabila kebakaran telahpun merebak luas. NASA ingin membantu dengan sistem mereka yang boleh mengesan kebakaran hutan dari awal tak kira di mana di seluruh dunia. Sistem yang bernama FireSat ini akan terdiri dari lebih 200 sensor pengimejan haba infra-merah di atas satelit yang akan ditempatkan di sekeliling bumi. Kesemua sensor itu boleh mengesan kebakaran yang telah merebak seluas 10 hingga 15 meter (35-50 kaki) dalam masa 15 minit permulaanya.

Selebihnya »

Kesan Kanser Dengan Setitik Darah

Mengesan kanser pada peringkat awal adalah penting jika hendak dapat merawatnya dengan berkesan. Cara yang digunakan untuk mengesan kanser sekarang melibatkan pelbagai jenis imbasan dan kaedah invasif. Penyelidik dari Universiti Umeå di Sweden telah membangunkan satu cara baru yang hanya memerlukan setitik darah untuk menguji kehadiran kanser dengan 96 peratus ketepatan. Ujian darah yang melibatkan analisis dan perbandingan profil RNA di dalam sampel darah itu boleh mengesan, mengelaskan dan menentukan lokasi kanser di dalam badan. 

Selebihnya »