Jari Robotik Untuk Menguji Kualiti Sentuhan Produk

Rasa sentuhan sesuatu produk itu adalah salah satu aspek kualiti yang mungkin boleh menjadi faktor penentu seseorang pembeli untuk memilih sesuatu produk itu daripada yang lain – kelembutan permukaan kain sarung bantal contohnya. Walau bagaimanapun, kualiti rasa sentuhan produk adalah sesuatu yang agak subjektif dan tiada ‘kayu pengukur’ yang tetap untuk dijadikan perbandingan yang objektif. SynTouch ingin mengubah keadaan ini dengan tangan robotiknya yang mempunyai sensor di hujung jarinya yang boleh mengesan suhu, tekanan sentuhan dan getaran — sama seperti hujung jari manusia. Dalam satu kajian yang dijalankan, jari robotik itu berjaya membezakan rasa sentuhan pelbagai bahan dengan lebih baik berbanding manusia yang ditutupkan matanya.

Selebihnya »

Akhirnya, Plastik Pertama Yang 100% Boleh Dikitar Semula

Tahukah anda bahawa lebih dari 270 juta tan plastik dihasilkan setiap tahun di seluruh dunia dan 18 juta tan daripadanya berakhir di dalam laut setiap tahun? Tambahan pula, kebanyakan dari plastik yang dihasilkan ini tidak boleh dikitar semula. Plastik yang boleh dikitar semula pula mempunyai had berapa kali ia boleh dikitarkan semula dan plastik itu tidak boleh ditukarkan kembali kepada keadaan molekulnya semula untuk menghasilkan plastik yang baru. Saintis dari Universiti Colorado State di Amerika Syarikat baru-baru ini berjaya menghasilkan sejenis plastik yang 100% boleh dikitar semula tanpa had dan tidak memerlukan apa-apa bahan berasaskan petroleum untuk menghasilkannya.

Selebihnya »

‘Lori Sampah’ Angkasa Yang Menggunakan Sampah Yang Dikutip Di Angkasa Sebagai Bahan Api

Tahukah anda terdapat lebih dari 500,000 ‘sampah angkasa’ yang mengorbit bumi kita ini? Sampah-sampah angkasa yang terdiri daripada semula jadi (meteorid) dan buatan manusia (seperti satelit yang telah rosak) itu bergerak pada kelajuan sehingga 28,200 km/j — cukup laju untuk merosak atau memusnahkan satelit ataupun pesawat yang mengorbit bumi. Banyak saintis dan jurutera sedang berusaha untuk ‘membersihkan’ sampah-sampah angkasa itu. Jurutera dari Universiti Tsinghua di Beijing baru-baru ini pula mencadangkan satu konsep rekaan enjin pesawat angkasa yang boleh ‘memakan’ sampah angkasa dalam laluannya dan menukarkannya menjadi bahan api plasma untuk mengkuasakan misi pembersihan sampah angkasa oleh pesawat itu.

Selebihnya »

Air Gula Sama Atau Lebih Baik Dari Minuman Tenaga

Minuman tenaga — sejenis minuman yang diiklankan sebagai pemberi tenaga terutamanya semasa anda aktif bersukan. Selalunya dijual pada harga yang agak mahal. Tetapi, berdasarkan satu kajian di United Kingdom, air biasa yang ditambah gula boleh memberi tenaga yang sama atau lebih dari apa yang minuman tenaga boleh beri. Kesimpulan ini dicapai melalui ujian yang dijalankan ke atas penunggang basikal jarak jauh dengan melihat kesan pengambilan air berasaskan sukrosa dan air yang berasaskan glukosa. Sukrosa terdapat di dalam gula yang selalu kita guna untuk campur dalam minuman kita.

Selebihnya »

Robot Ini Boleh Bergerak Dengan Kawalan Minda Pesakit Lumpuh

Beberapa penyelidik sebelum ini telah berjaya menghasilkan teknologi untuk menggerakkan anggota badan palsu robotik seperti tangan dan kaki dengan dikawal oleh minda. Tetapi kebanyakannya adalah invasif (memerlukan pembedahan). Penyelidik dari Itali dan Switzerland baru-baru ini berjaya membangunkan sejenis robot yang boleh bergerak dengan kawalan minda dan tanpa memerlukan apa-apa jenis pembedahan. Anda hanya perlu memakai topi yang dilengkapi dengan EEG dan membayangkan menggerakkan tangan atau kaki anda sahaja — robot tersebut akan bergerak menurut arahan minda anda malah boleh mengelak halangan dengan sendirinya.

Selebihnya »

Lampu Dikuasakan Oleh Nutrien Tanah Untuk Perkampungan Terpencil Di Peru

Banyak usaha yang telah dilakukan oleh penyelidik untuk memberi kemudahan kuasa elektrik bagi penduduk di perkampungan yang terpencil di seluruh dunia. Usaha yang terbaru dari penyelidik dari Universiti Teknologi dan Kejuruteraan (UTEC) di Peru ini adalah sesuatu yang sangat menarik. Mereka berjaya menghasilkan lampu LED yang dikuasakan oleh nutrien dari tumbuhan dan tanahnya untuk penduduk kampung Nuevo Saposoa di kawasan perdalam hutan di Peru. Dinamakan Plantalámpara — bahasa Sepanyol untuk lampu tumbuhan, lampu LED yang terang ini boleh hidup selama 2 jam sehari.

Selebihnya »

Paten Rekaan Pesawat Ala ‘Thunderbird’ Oleh Airbus

Tak kira berapa sen pun, syarikat penerbangan sering mencari pelbagai cara untuk kurangkan kos operasi supaya boleh bertahan dalam dunia perniagaan penerbangan yang sangat mencabar. Pelbagai paten yang agak pelik dan gila telah difailkan oleh syarikat pengeluar kapal terbang untuk membantu usahah pengurangan kos operasi syarikat penerbangan. Terbaru, Airbus telah mencadangkan melalui patennya satu rekaan kapal terbang dimana ada satu ruangan kabin penumpang yang boleh diangkat dan dimasukkan semula ke dalam badan kapal terbang — menjimatkan masa untuk penumpang keluar dan masuk kapal terbang. Muatan seperti bagasi penumpang pun boleh dimuatkan sekali di dalam kabin ‘mudah alih’ itu. Di dalam dunia perniagaan penerbangan, setiap saat adalah duit.

Selebihnya »