Sut Bionik Membantu Pesakit Lumpur Berjalan Semula

Mark Pollock adalah merupakan pesakit lumpuh pertama yang berjaya berjalan semula dengan sendirinya melalui bantuan sut bionik. Sut bionik hasil ciptaan penyelidik dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) di Amerika Syarikat mampu membantu pesakit lumpuh seperti Mark Pollock berdiri dan berjalan melalui peranti bionik yang menyokong kaki pesakit dan membantu mereka bergerak.

Selebihnya »

Tenaga Elektrik Sebagai Ubat di Masa Depan

Cuba anda bayangkan rawatan menggunakan alat elektronik yang bersaiz lebih kecil dari sebutir nasi ditanam di dalam badan anda untuk memulihkan penyakit. Konsep seperti sains fiksyen ini dipanggil sebagai perubatan bioelektronik dan sedang dikaji oleh para penyelidik di seluruh dunia. Perubatan bioelektronik ini mempunyai potensi untuk merevolusikan cara merawat penyakit kronik seperti asma, atritis dan diabetes.

Selebihnya »

Robot Tanpa Kawalan Pemburu Tapak Sulaiman

Tapak sulaiman berduri yang dinamakan Crown-of-thorns (takhta berduri) sedang di buru oleh sekumpulan robot hasil ciptaan satu pasukan dari Universiti Teknologi Queensland di Australia. Tapak sulaiman jenis ini yang adalah pemangsa kepada hidupan terumbu karang dan cenderung untuk membiak dengan banyaknya. Secara semula jadi, bilangan tapak sulaiman ini sepatutnya diimbangi oleh hidupan pemangsa. Tetapi kerana aktiviti perikanan yang tidak terkawal oleh manusia, bilangan hidupan pemangsa tersebut jatuh mendadak dan bilangan tapak sulaiman jenis ini meningkat, sekaligus mengancam habitat hidupan terumbu karang.

Selebihnya »

Saintis Mengkaji Nilai Kalori Diperlukan Untuk Berjalan ke Mordor

Trilogi Lord of The Rings hasil nukilan JRR Tolkien merupakan satu kisah pengembaraan fiksyen yang sangat klasik. Arwen, Frodo, Gandalf, Saruman, Sauron – siapa yang pernah tengok trilogi ini, pasti tahu watak-watak tersebut. Secara ringkas-seringkasnya, trilogi ini mengisahkan pengembaraan 9 orang sekawan terdiri daripada pelbagai jenis spesies ke satu tempat bernama Mordor untuk menghancurkan sebiji cincin – satu cincin untuk memerintah segala-galanya! Perjalanan yang jauh itu semestinya memerlukan tenaga yang banyak bukan? Dua orang saintis bernama Skye Rosetti dan Krisho Manaharan ada jawapannya!

Selebihnya »

Tambah Air Sahaja, Bahan Ini Dapat Baik Pulih Sendiri

Sekumpulan saintis dari Universiti Pennsylvania telah berjaya menghasilkan satu bahan diinspirasi dari sotong yang boleh dibaik pulih sendiri dengan kehadiran air. Berdasarkan kajian yang diterbitkan di Scientific Reports baru-baru ini, saintis-saintis tersebut berjaya menghasilkan semula sejenis protein yang dijumpai di dalam gigi sotong yang boleh dibaik pulih sendiri di dalam makmal.

Selebihnya »

Robot Dengan Kebolehan Belajar Kesilapan Sendiri

Robot dengan kebolehan belajar sendiri dan memperbaiki dirinya dari kesilapan adalah bukan sesuatu yang baru, tetapi robot-robot itu selalunya perlu berhenti seketika untuk memproses apa yang dibuat sebelum itu. Jurutera elektrikal dari Universiti Texas Arlington di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mempatenkan satu kaedah inovatif di mana alat kawalan dapat memperbaiki tindakannya sendiri secara beterusan berdasarkan keputusan sebelumnya. Dengan menjalani senario yang sama berulang-kali sama ada dengan meramalkan hasil tindakan atau mencuba sesuatu sehingga betul, robot atau mesin dengan alat kawalan ini dapat berfungsi pada tahap yang optimum.

Selebihnya »

Kereta Golf Pandu-Sendiri Dengan Sensor Yang Minimal

Kereta pandu-sendiri selalunya memerlukan jumlah sensor yang banyak, kompleks dan mahal untuk membantu komputer memandu kereta. Satu eksperimen menggunakan kereta golf (golf cart) pandu-sendiri dengan hanya beberapa sensor telah dilakukan baru-baru ini di taman awam di Singapura selama 6 hari oleh ahli-ahli dari Singapore-MIT Alliance for Research and Technology (SMART). SMART adalah koloborasi diantara Michigan Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat dan beberapa universiti di Singapura.

Selebihnya »

Bahan Ini Baik Pulih Sendiri Seperti Terminator Setelah Ditembak

Seperti di dalam filem Terminator, bahan ini dapat memulihkan diri sendiri setelah ditembak.  Timothy Scott dari Universiti Michigan di Ann Arbor, Amerika Syarikat dan pasukannya telah membangunkan sejenis bahan yang boleh memulihkan diri sendiri yang mengandungi cecair reaktif diapit diantara dua kepingan polimer. Apabila bahan itu dicucuk, satu bahan kimia yang dipanggil tributylborane di dalam cecair itu bertindak balas dengan oksigen unutk menjadikannya keras, menutup lubang yang dicucuk itu dalam beberapa saat.

Selebihnya »