Diatom, Si Kecil Yang Sangat Kuat

Apa itu diatom? Diatom adalah sejenis organisma yang terdiri dari satu sel sahaja dan tergolong dalam kumpulan alga di dalam laut. Ia mempunyai cengkerang berbentuk silinder yang diperbuat dari silika dengan saiz keseluruhannya pada sekitar 30 sehingga 100 seperjuta milimeter. Berdasarkan satu kajian terbaru dari Caltech di Amerika Syarikat, cengkerang diatom ini didapati mempunyai kekuatan tertumpu tertinggi (highest specific strength) — kekuatan dimana sesuatu struktur patah berdasarkan dengan ketumpatannya —  berbanding bahan biologikal lain yang diketahui termasuk, tulang, tanduk dan gigi.

Selebihnya »

VIDEO : NASA Muat Naik Video 360 Darjah Planet Marikh Ke YouTube

Satu video 360 darjah pemandangan di Planet Marikh dari perspektif robot perayau Curiosity milik NASA telah dimuat naik ke Facebook pada sekitar dua minggu yang lepas. Video 360 darjah untuk realiti maya (VR) itu walau bagaimanapun adalah agak pelik dengan efek fish-eye pada gambar video tersebut. Semalam, NASA telah memuat naik video 360 darjah terbaru yang lebih berkualiti ke laman YouTube pula. Anda boleh memusingkan pandangan di dalam video itu sama ada dengan menekan butang di bahagian atas kanan video tersebut ataupun menggunakan gabungan telefon pintar anda, Google Cardboard dan aplikasi YouTube untuk pemandangan secara realiti maya.

Selebihnya »

Pokok Venus Flytrap Tidak Mudah Ditipu

Seperti pokok periuk kera, Venus Flytrap adalah tumbuhan karnivor yang memerangkap dan memakan serangga. Berdasarkan kajian terbaru, Venus Flytrap didapati boleh mengesan sama ada apa yang berada di mulutnya adalah makanannya ataupun bukan. Kajian oleh saintis dari Universiti Würzburg di Jerman mendapati bahawa mulut Venus Flytrap itu akan tertutup apabila helaian rambut atau folikel di dalam mulutnya digerakkan sebanyak dua kali atau lebih. Lebih banyak helaian rambut itu digerakkan, bermakna lebih besarlah saiz mangsa yang menghinggap di mulutnya itu.

Selebihnya »

Rumput Plastik Di Atas Bumbung Ini Boleh Menjanakan Elektrik

Teknologi hijau di atas bumbung rumah bukanlah sesuatu yang baru. Panel solar adalah antara yang paling biasa digunakan di atas bumbung rumah sama ada untuk memanaskan air untuk mandi atau menjana tenaga elektrik untuk digunakan sendiri. Teknologi yang dibangunkan bersama oleh saintis dari China dan Amerika Syarikat ini pula bukan sahaja boleh menjanakan tenaga elektrik, tapi boleh menghijaukan bumbung rumah anda sekali — rumput plastik yang boleh menjanakan tenaga elektrik apabila ditiup oleh angin. Dibangunkan bersama oleh Southwest Jiaotong University dari China dan Georgia Institute of Technology dari Amerika Syarikat, teknologi yang diberi nama penjana turboelektrik (TENG) ini menjanakan tenaga elektrik apabila sebelah permukaannya yang disalut dengan wayar-nano bertemu dengan sebelah lagi permukaan helaian rumput plastik berhampirannya yang disalut dengan indium tin oksida setelah ditiup oleh angin. Penjanaan elektrik sebegini adalah sama dengan prinsip yang menyebabkan elektrik statik. Kumpulan saintis itu mengatakan bahawa TENG ini sesuai digunakan di kawasan di mana anginnya selalu berubah arah dan juga di lokasi yang tidak sesuai untuk meletakkan kincir angin.

Selebihnya »

Nombor Sepanjang 22 Juta Digit Ini Adalah Nombor Perdana Terbesar Yang Dijumpai Setakat Ini

Masihkah anda ingat apa itu nombor perdana? Bagi yang sudah lupa, nombor perdana adalah nombor yang hanya boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri sahaja — sebagai contoh, 2, 3, 5, 7, 9, 11, 13 dan 17. Satu komputer di Missouri, Amerika Syarikat baru-baru ini telah menjumpai nombor perdana yang terbesar setakat ini — 274,207,281– 1. Nombor itu mengandungi 22 juta digit, 5 juta digit lebih panjang berbanding nombor perdana terpanjang yang dijumpai sebelum ini pada Januari 2013.

Selebihnya »

Bunga Angkasa Lepas

Bunga di angkasa lepas? Ya! Angkasawan di stesen angkasa antrabangsa (ISS) telah berjaya menumbuhkan pokok bunga zinnia sehingga bunganya mengembang. Gambar bunga zinnia di atas adalah gambar dari ISS yang ditangkap oleh angkasawan NASA Scott Kelly dan dikongsikan pada 16 Januari 2016 yang lepas melalui akaun Twitternya. Ini adalah bunga pertama yang berjaya ditumbuhkan sehingga bunganya mengembang di angkasa lepas.

Selebihnya »

Bahan Pengawet Makanan Mungkin Boleh Merawat Kanser

Nisin adalah bahan semula jadi yang banyak digunakan sebagai bahan pengawet makanan. Ia dipanggil sebagai bakterion — sejenis protein yang melawan bakteria lain. Ia adalah bahan yang menukarkan susu menjadi keju dan yogurt. Berdasarkan kajian terbaru dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, nisin juga didapati mampu membunuh sel ketumbuhan (tumor) dan bakteria yang tahan dengan antibiotik.

Selebihnya »

Peneroka Marikh Mungkin Boleh Menghasilkan Sendiri Konkrit Di Marikh

NASA ingin membawa angkasawannya untuk meneroka Marikh pada satu hari nanti. Seperti yang kita dapat lihat dalam filem ‘The Martian‘, misi meneroka Marikh kemungkinan besar akan memerlukan satu stesyen dibina di sana untuk penempatan dan kerja-kerja penyelidikan. Penyelidik dari Universiti Northwesten di Amerika Syarikat telah menemui satu cara yang mungkin dapat membantu dalam pembinaan stesyen itu. Mereka mencadangkan untuk menghasilkan konkrit dari bahan-bahan asli yang terdapat di permukaan Marikh.

Selebihnya »