Gambar Ikan Paus Orca Menyusu Ibunya Diambil Dari Drone

Anda mungkin mengenali ikan paus spesies Ornicus Orca atau lebih dikenali dengan nama Killer Whale dari filem Free Willy. John Durban, seorang ahli biologi mamalia dari National Oceanic and Atmospheric Association (NOAA), Amerika Syarikat telah merakamkan aktiviti sekawan killer whale dari udara menggunakan drone di pulan San Juan, utara Seattle, Amerika Syarikat. Antara sekawan killer whale yang dirakam ini adalah dari kumpulan Southern Resident killer whale yang telah dikelaskan sebagai spesies haiwan terancam dan hanya terdapat 81 ekor yang tinggal. Berita baik tentang kumpulan killer whale ini adalah jumlah 81 ekor ini termasuk juga jumlah 5 ekor yang baru lahir — jumlah 5 ekor yang baru lahir dikira agak besar bagi populasi hanya 81 ekor.

Selebihnya »

Bahan Paling Hitam Dicipta Di Arab Saudi

Cari sesuatu yang berwarna hitam di sekeliling anda sekarang. Betapa hitamkah warna hitam yang anda lihat itu? Hitam macam mana pun, pastinya tidak sehitam bahan yang dicipta oleh penyelidik di Universiti Sains dan Teknologi Raja Abdullah, Arab Saudi. Ironinya, rekaan bahan ini telah diinspirasikan oleh satu kumbang yang berwarna putih kesemuanya. Bahan yang tersangat hitam itu terdiri daripada bahan karbon-tiubnano yang menyerap 98 sehingga 99 peratus cahaya dalam spektrum 400 nanometer sehingga 1,400 nanometer dari semua arah. Ini bermakna bahan ini boleh menyerap 26 peratus lebih cahaya berbanding apa-apa bahan yang diketahui sebelum ini. Oh, bahan ini juga dikatakan senang untuk dihasilkan dan diaplikasikan.

Selebihnya »

Nyawa Siapa Yang Kereta Tanpa Pemandu Perlu Selamatkan?

Komputer atau Kecerdikan Buatan (Aritificial Intelligence) mungkin bijak dalam kerja pengiraan dan kerja lain yang diprogramkan oleh pembuatnya. Tetapi bagaimana pula dengan keputusannya dalam persoalan etika? Contohnya seperti dalam situasi pada gambar di atas; patutkah kereta tanpa pemandu itu langgar seorang di tepi jalan untuk menyelamatkan sepuluh orang di tengah jalan?; korbankan penumpangnya di dalam kereta untuk selamatkan seorang di tengah jalan?; korbankan penumpangnya untuk selamatkan sepuluh orang di tengah jalan?

Selebihnya »

Kajian Menunjukkan Jenis Seluar Dalam Pengaruhi Kualiti Sperma

Dalam usaha untuk mendapatkan anak, kualiti sperma di dalam air mani lelaki adalah antara satu elemen yang penting. Berdasarkan satu kajian terbaru yang dijalankan, lelaki yang memakai seluar dalam longgar seperti ‘boxer‘ di siang hari dan tidak memakai apa-apa seluar dalam semasa tidur mempunyai kualiti sperma yang lebih baik berbanding lelaki yang memakai jenis seluar dalam yang ketat seperti ‘spender‘.

Selebihnya »

VIDEO : Skunk Dengan Aksi Handstand-nya

Skunk adalah binatang comel yang terkenal dengan bau busuk yang dikeluarkannya apabila berasa takut atau terancam. Kebanyakan spesies skunk berada di Amerika Utara. Di Malaysia (hanya di Sabah & Sarawak) pun ada sejenis skunk yang kita panggil teledu. Jenis skunk yang hendak diceritakan dalam artikel ini pula boleh dijumpai di bahagian selatan Amerika Utara. Skunk yang dikenali sebagai skunk bertompok ini bukan sahaja memancut keluar bau busuk apabila berasa takut dan terancam seperti spesies skunk yang lain, ia juga akan membuat aksi handstand — berdiri terbalik di atas tangan — dahulu di hadapan pemangsanya sebelum memancut bau busuk dari punggungnya.

Selebihnya »

VIDEO : Lihat Bintang Dibaham Dan Diranap Oleh Black Hole

Black hole atau lohong hitam adalah satu kawasan di angkasa lepas dimana daya tarikan gravitinya adalah tersangat kuat sehingga cahaya pun tidak boleh lari daripadanya. Kejadian yang dapat dilihat pada video yang dihasilkan oleh NASA di atas berlaku pada lokasi 290 juta tahun cahaya dari kita. Animasi yang dihasilkan berdasarkan data X-ray itu menunjukkan sebutir bintang yang hancur apabila ditarik oleh daya graviti kuat lohong hitam tersebut.

Selebihnya »

Anda Boleh Programkan Tarian Untuk Robot Ini

Robot menari? Ya betul! DMM, satu syarikat elektronik dari Jepun telah mencipta satu robot yang boleh menari mengikut apa jenis tarian yang anda programkannya. Satu perisian akan dikeluarkan oleh DMM supaya anda boleh mereka “data tarian” untuk mengajar robot itu menari mengikut tarian yang anda ingini. Anda juga boleh menghiasi robot yang diberi nama Premaid AI ini mengikut citarasa anda melalui beberapa fesyen pakaian yang akan disediakan untuk robot ini. Bukan itu saja, anda juga boleh mengubah bentuk badan robot ini berdasarkan data 3D CAD yang akan dikeluarkan oleh DMM dan cetaknya menggunakan pencetak 3D.

Selebihnya »