Teknologi

Teknologi Genetik Terbaru Untuk Diagnosis Pesakit Bayi Kritikal Dalam Masa Singkat

Gangguan genetik adalah punca utama kematian bagi bayi baru lahir yang dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital. Ini kerana ahli pediatrik biasanya tidak dapat mengimbas kesemua genom (set lengkap DNA) seseorang bayi yang sakit dan mendiagnosisnya dengan kadar yang cukup cepat untuk memberikan rawatan yang sepatutnya kepada bayi tersebut. Dengan teknologi genetik terbaru dari syarikat Edico Genome, ahli pediatrik kini boleh mengimbas dan menganalisa kesemua genom pesakit bayi kritikal dalam masa hanya 26 jam untuk mendiagnosis dan mencari rawatan yang sepatutnya untuk bayi tersebut.

Selebihnya »

Kamera Ini Boleh Lihat Di Sebalik Dinding

Tajuk artikel ini mungkin berbunyi seperti fiksyen sains. Tetapi saintis di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Amerika Syarikat telah berjaya membangunkan kamera yang menggunakan gelombang mikro untuk menghasilkan imej dalam bentuk 3D bagi objek di sebalik dinding. Dalam membangunkan kamera gelombang mikro ini, mereka menggunakan konsep seperti kamera biasa dengan menggunakan pemantul pasif sebagain ‘lensa’ kamera ini untuk memfokuskan gelombang mikro pada arah yang disasarkan. Dengan pengiraan menggunakan komputer bagi masa yang diambil oleh gelombang mikro tersebut untuk pantul pada suatu objek dan kembali ke kamera, objek 3D di sebalik dinding itu dapat ‘dilihat’ oleh kamera tersebut.

Selebihnya »

Gigi Palsu Cetakan 3D Dengan Bahan Anti-Bakteria

Gigi palsu selalunya memerlukan masa hingga 2 minggu untuk menempahnya. Tetapi dengan hasil ciptaan terbaru oleh Andreas Herrmann dan rakannya dari Universiti Groningen di Belanda, anda hanya perlu menunggu beberapa jam sahaja untuk mendapatkan gigi palsu anda melalui teknik cetakan 3D. Bukan saja itu, bahan yang digunakan untuk gigi palsu cetakan 3D ini adalah anti-bakteria.

Selebihnya »

Helikopter Tanpa Juruterbang Padam Kebakaran

Kebakaran hutan terutamanya di pedalaman seperti di Indonesia dan Malaysia memerlukan bantuan kapal terbang atau helikopter untuk memadam kebakaran tersebut. Tetapi, bila kebakaran itu terlalu besar dan mempunyai kepulan asap yang tersangat tebal, ianya boleh membahayakan juruterbang — penglihatan amat terhad dan sukar untuk bernafas. Helikopter K-MAX yang boleh terbang tanpa juruterbang dari Lockheed Martin dan Karman boleh membantu. Kedua-dua syarikat tersebut baru-baru ini telah menjalankan demonstrasi memadam kebakaran menggunakan helikopter K-MAX untuk pihak berkuasa kerajaan Amerika Syarikat.

Selebihnya »

Kulit Buatan Yang Dilengkapi Dengan Deria Rasa

Pengguna tangan palsu mungkin satu hari nanti akan dapat merasai sentuhan sebenar dengan kulit palsu yang dilengkapi dengan teknologi deria rasa terbaru ini. Berdasarkan satu kertas kajian yang diterbitkan di Science, sekumpulan jurutera dari Universiti Stanford di Amerika Syarikat telah berjaya membangunkan litar fleksibel yang boleh mengesan tekanan dan menghantar isyarat tersebut terus ke tisu otak tikus. Teknologi deria rasa yang ada sekarang memerlukan komputer atau mikropengawal (microcontroller) untuk menukar isyarat dari sensor sentuhan kepada jenis isyarat yang boleh ditafsir oleh otak. Teknologi terbaru ini dapat menghantar isyarat terus ke otak tanpa memerlukan apa-apa perantaraan.

Selebihnya »

VIDEO : Baling Robot Bola Ini Dan Ianya Bangun Dan Berjalan Sendiri

Robot di dalam video Youtube di atas adalah robot bernama QRoSS yang dibangunkan oleh sekumpulan penyelidik dari Institut Teknologi Chiba di Jepun. Seperti yang anda lihat, setelah dibaling, robot yang mempunyai sangkar berbentuk sfera itu boleh bangun dan berjalan dengan sendirinya menggunakan empat kakinya. Sangkar sfera robot itu bersaiz 30cm diameter dan berfungsi sebagai penyerap hentakan. Apabila berjalan, robot QRoSS ini mempunyai kelajuan 0.1 meter sesaat manakala kelajuan bergulingnya pula adalah pada 0.6 meter sesaat. Beratnya keseluruhan robot ini pula adalah 2.5 kg.

Selebihnya »

5 Fakta Dari Laporan Rasmi Siasatan Nahas MH17

Tahun 2014 adalah tahun yang sangat gelap buat syarikat penerbangan negara, MAS. Nahas pesawat MH17 pada 17 Julai 2014 di ruang udara Ukraine adalah kejadian nahas pesawat mereka yang kedua pada tahun itu. Laporan rasmi penuh penyiasatan terhadap nahas pesawat MH17 telah dikeluarkan pada 13 Oktober 2015. Video rasmi sepanjang 20 minit juga telah dimuat naik di laman Youtube sebagai penerangan ringkas tentang laporan rasmi penuh siasatan nahas itu. Berikut adalah 5 fakta pilihan penulis berdasarkan video Youtube tersebut;

Selebihnya »

Air Yang Tercemar Kini Boleh Dikesan Serta-Merta

Sumber air yang bersih adalah penting untuk kesihatan kita. Cara yang selalu digunakan untuk menguji kualiti air sama ada bersih atau telah tercemar mengambil masa beberapa hari — terlalu lambat untuk mencegah sesuatu fenomena masalah kesihatan bagi penduduk kawasan yang terjejas. Sebuah syarikat startup dari Denmark yang bernama SBT Aqua telah membangunkan satu alat yang mampu mengesan sama ada air telah tercemar dalam masa-nyata (real-time).

Selebihnya »