Teknologi

Sistem Pintar Untuk Penjara Sedang Diuji Oleh PDRM

Pihak Polis Diraja Malaysia sedang menguji satu sistem pintar untuk membantu mereka menjaga lokap atau penjara di Malaysia dengan lebih efektif. Sistem yang dibangunkan bersama oleh MIMOS — syarikat penyelidikan ICT negara — dan PDRM ini menggunakan algoritma khas untuk menganalisa rakaman dari kamera yang dipasang di dalam sel, koridor dan sepanjang perimeter lokap. Algoritma khas oleh sistem yang diberi nama SMART (Teknologi Pemantauan-Sendiri Laporan Analisis) itu boleh mengesan tingkah laku banduan seperti memanjat, pergaduhan, cubaan membunuh diri dan vandalisma dan kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa. 

Selebihnya »

Lensa Night Vision Ultra-Nipis Untuk Semua

Gogal Night Vision atau penglihatan malam — alat yang dipopularkan oleh filem bersiri Predator untuk melihat musuhnya di dalam kegelapan malam. Alat yang dalam realitinya telahpun digunakan oleh tentera, polis dan yang lain adalah besar, berat dan di luar kemampuan orang ramai untuk memilikinya. Tetapi, dengan menggunakan sejenis bahan bernama grafen (graphene), penyelidik dari MIT dapat menghasilkan alat penglihatan malam yang kecil seperti cermin mata biasa dan pada harga yang mampu dimiliki orang ramai.

Selebihnya »

Kaca Tidak Mudah Pecah Yang Hampir Sekuat Logam

Jika telefon pintar atau tablet anda terjatuh ke lantai, skrin paparan pastinya adalah bahagian pertama yang anda lihat selepas mengangkatnya semula — kerana ia diperbuat dari kaca, bahan yang kita tahu mudah pecah. Dengan kaca ciptaan saintis dari Universiti Tokyo ini, anda tidak lagi perlu risau. Kaca ciptaan mereka yang mempunyai kekuatan hampir sama dengan logam ini tidak mudah pecah dan sukar untuk dicalarkan.

Selebihnya »

Bateri Litium-Udara Ini 10x Lebih Kuat Dari Bateri Litium-Ion

Litium-ion adalah teknologi bateri yang digunakan secara meluas sekarang — ada dalam telefon pintar dan laptop anda sebagai contoh. Walaupun teknologi yang lain seperti cip pemprosesan dan skrin paparan telah laju berkembang, teknologi bateri masih lagi tersangkut pada teknologi litium-ion yang telah lama digunakan ini. Teknologi litium-udara yang direka oleh saintis dari Universiti Cambridge di UK ini mungkin mengubahnya. Dengan kuasa yang boleh mencapai 10x kuasa bateri litium-ion, telefon pintar anda mungkin boleh hidup tanpa perlu dicas selama seminggu jika menggunakan bateri litium-udara ini.

Selebihnya »

Konkrit Pulih-Sendiri Diuji Di UK

Bahan yang boleh baik pulih sendiri bukanlah sesuatu yang baru. Pelbagai jenis bahan untuk pelbagai aplikasi dengan ciri baik pulih sendiri telah dibangunkan. Di Wales, UK pula, ujian sedang dijalankan untuk menghasilkan konkrit yang boleh pulih sendiri. Bayangkan dinding rumah anda yang boleh pulih sendiri apabila ia mula retak.

Selebihnya »

Volvo Uji Teknologi Mengelak Kangaroo Di Australia

Teknologi brek secara automatik yang ada pada beberapa model kereta sekarang selalunya berfungsi untuk pemanduan dalam bandar — membantu pemandu brek dari melanggar kereta, basikal atau pejalan kaki jika pemandu tidak sempat brek sendiri. Tapi bagaimana jika ada binatang yang tiba-tiba melintas jalan di hadapan anda? Kumpulan pakar keselamatan Volvo pergi ke Australia untuk ‘mengajar’ teknologi mereka mengelak dari melanggar Kangaroo — haiwan yang sukar diramal pergerakannya dan susah untuk dielak.

Selebihnya »

Google Ingin Guna 300 Belon Udara Panas Untuk Bekalkan Internet Ke Seluruh Dunia

Projek Loon adalah projek Google X yang bermula pada tahun 2013 untuk menyediakan kemudahan Internet dengan menggunakan belon udara panas yang terapung pada 20 kilometer di atas permukaan bumi. Minggu ini, Google X telah mengumumkan yang mereka ingin menerbangkan 300 belon udara panas di sekeliling bumi untuk menyediakan Internet ke seluruh dunia bermula tahun depan.

Selebihnya »

Guna Isyarat Wi-Fi Untuk Kesan Pergerakan Orang Di Dalam Bangunan

Minggu lepas, kami ada bawakan berita tentang kamera yang boleh lihat di sebalik dinding menggunakan gelombang mikro. Kali ini, isyarat Wi-Fi pula yang digunakan. Dibangunkan oleh penyelidik dari Massachusetts Institute of Technology (MIT), alat ini bukan sahaja boleh melihat di sebalik dinding, tapi boleh juga mengenali seseorang individu dan mengesan pergerakannya di seluruh bangunan.

Selebihnya »