Teknologi

Kuasa Angin Sepenuhnya Untuk Kereta Api Elektrik Belanda Dalam Tiga Tahun

Berdasarkan satu perjanjian pada tahun 2014, kereta api elektrik di Belanda akan dijanakan kuasa elektriknya oleh kuasa angin bermula dengan 50 peratus jumlah kesuluruhan pada tahun 2015 hingga ke sepenuhnya pada tahun 2018. Railway Technology melaporkan perjanjian ini akan melihat kereta api yang kuasa elektriknya dijanakan sepenuhnya oleh kuasa angin pada tahun 2018 dimana ladang-ladang kincir angin yang terbabit bukan sahaja dari negara Belanda  tetapi juga dari negara Belgium, dan negara-negara Skandinavia bersebelahan.

Selebihnya »

LED yang Lebih Murah dan Efisen Dibangunkan

Kos penggunaan lampu LED adalah lebih murah berbanding lampu biasa yang kita selalu gunakan sekarang kerana tenaga yang diperlukan oleh lampu LED adalah lebih rendah. Tapi hakikatnya, kerana harga yang dijual di pasaran adalah terlalu mahal, ramai memilih untuk tidak membelinya, termasuklah penulis ini sendiri. Zhibin Yu, seorang Pembantu Professor Industrial & Manufacturing Engineering di Florida State Universiti telah berjaya membangunkan LED baru yang lebih efisen dan kos rendah.

Selebihnya »

Pesawat Sengaja Di Hempaskan oleh NASA

Bukankah seronok jika kita dapat menghempaskan barang seperti sebuah pesawat sebagai aktiviti kerja kita? Hari ini, NASA membiarkan sebuat pesawat kecil model Cessna terhempas demi Sains! Dalam usaha untuk mengetahui bagaimana sistem transmisi kecemasan bertahan dengan impak yang ganas, NASA telah sengaja menghempaskan 3 pesawat kecil sejak awal Julai tahun ini.

Selebihnya »

Transmisi Cahaya Boleh Ganti Penggunaan Wayar di Hospital

Sekumpulan penyelidik Korea selatan dari Pukhong National Universiti, Busan mencadang untuk menggantikan wayar-wayar yang digunakan oleh mesin-mesin di hospital yang boleh kelihatan berselerak dengan teknologi di gelar LiFi – transmisi data berkelajuan tinggi melalui cahaya yang berkelipan dengan sangat laju. Sebagai contoh, LiFi ini boleh digunakan untuk transmisi data dari mesin EEG (salah satu ujian utama diagnostik untuk epilepsi).

Selebihnya »

NASA Berjaya Uji Turbopump Hasil 3D Print

Alat untuk 3D print sekarang semakin popular dan meluas, malah pasaran untuk pengguna juga telah wujud berbanding dulu di mana hanya digunakan oleh industri. Baru-baru ini, NASA telah berjaya menguji turbopump (komponen untuk mengepam bahan api ke ruang pembakaran (combustion chamber) yang di buat dengan cara 3D print untuk projek enjin roket 3D print mereka.

Selebihnya »

Cip Intel Mungkin Dapat Selesaikan Misteri Kematian Lebah Sedunia

Tahukah anda kadar kematian koloni-koloni lebah di seluruh dunia berada di tahap yang merisaukan? Disebabkan lebah bertanggungjawab sebagai agen pendebungaan kepada satu per tiga sumber makanan kita, harga sayuran dan buah-buahan boleh melonjak naik tanpa bantuan lebah-lebah ini. “Di sesetengah tempat di dunia, sekawan lebah yang sihat boleh bekerja seharian pada satu hari dan setiap ekor lebah mati pada hari seterusnya dan kami tidak ada idea kenapa,” kata Professor de Souza pada BBC.

Selebihnya »

NASA Guna Semula Barang dari Kapal Angkasa Lama untuk ISS

Kapal-kapal Angkasa dari Program Space Shuttle oleh NASA yang diterbangkan kali terakhir pada tahun 2011 kini berada di muzium-muzium di sekitar Amerika Syarikat. Minggu lepas, 4 tangki air dari Space Shuttle Endavour yang kini berada di Pusat Sains California, Los Angeles dikeluarkan oleh jurutera NASA untuk kegunaan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS). Tangki-tangki air yang mempunyai kapasiti gabungan 300 liter tersebut sebelum ini digunakan untuk simpanan air krew Space Shuttle dan juga untuk mengisi semula air di ISS. Pada bulan Mei lepas, tangki dari kapal Atlantis yang berada di Pusat Angkasa Kennedy, Florida juga dikeluarkan oleh NASA.

Selebihnya »

Konsep Hyperloop Elon Musk Menghampiri Realiti?

Bayangkan Kuala Lumpur ke Singapura dalam masa kurang dari setengah jam. Mustahil? Dengan Hyperloop, ianya tidak mustahil! Asalkan ada pihak yang berjaya membawa konsep itu ke realiti. Hyperloop; satu konsep yang diketengahkan oleh CEO SpaceX dan Tesla Motors Elon Musk di dalam kertas putih 57 muka surat pada Ogos 2013, adalah jaringan pengangkutan atas darat dalam bentuk tiub yang melangkaui ratusan kilometer. Dengan tekanan udara yang sangat rendah menghampiri tahap vakum di dalam tiub tersebut, kapsul berisi penumpang akan bergerak di dalam tiub itu dengan kelajuan hampir supersonik (kelajuan bunyi).

Selebihnya »