Teknologi

Sut Bionik Membantu Pesakit Lumpur Berjalan Semula

Mark Pollock adalah merupakan pesakit lumpuh pertama yang berjaya berjalan semula dengan sendirinya melalui bantuan sut bionik. Sut bionik hasil ciptaan penyelidik dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) di Amerika Syarikat mampu membantu pesakit lumpuh seperti Mark Pollock berdiri dan berjalan melalui peranti bionik yang menyokong kaki pesakit dan membantu mereka bergerak.

Selebihnya »

Tenaga Elektrik Sebagai Ubat di Masa Depan

Cuba anda bayangkan rawatan menggunakan alat elektronik yang bersaiz lebih kecil dari sebutir nasi ditanam di dalam badan anda untuk memulihkan penyakit. Konsep seperti sains fiksyen ini dipanggil sebagai perubatan bioelektronik dan sedang dikaji oleh para penyelidik di seluruh dunia. Perubatan bioelektronik ini mempunyai potensi untuk merevolusikan cara merawat penyakit kronik seperti asma, atritis dan diabetes.

Selebihnya »

Robot Tanpa Kawalan Pemburu Tapak Sulaiman

Tapak sulaiman berduri yang dinamakan Crown-of-thorns (takhta berduri) sedang di buru oleh sekumpulan robot hasil ciptaan satu pasukan dari Universiti Teknologi Queensland di Australia. Tapak sulaiman jenis ini yang adalah pemangsa kepada hidupan terumbu karang dan cenderung untuk membiak dengan banyaknya. Secara semula jadi, bilangan tapak sulaiman ini sepatutnya diimbangi oleh hidupan pemangsa. Tetapi kerana aktiviti perikanan yang tidak terkawal oleh manusia, bilangan hidupan pemangsa tersebut jatuh mendadak dan bilangan tapak sulaiman jenis ini meningkat, sekaligus mengancam habitat hidupan terumbu karang.

Selebihnya »

Robot Dengan Kebolehan Belajar Kesilapan Sendiri

Robot dengan kebolehan belajar sendiri dan memperbaiki dirinya dari kesilapan adalah bukan sesuatu yang baru, tetapi robot-robot itu selalunya perlu berhenti seketika untuk memproses apa yang dibuat sebelum itu. Jurutera elektrikal dari Universiti Texas Arlington di Amerika Syarikat baru-baru ini telah mempatenkan satu kaedah inovatif di mana alat kawalan dapat memperbaiki tindakannya sendiri secara beterusan berdasarkan keputusan sebelumnya. Dengan menjalani senario yang sama berulang-kali sama ada dengan meramalkan hasil tindakan atau mencuba sesuatu sehingga betul, robot atau mesin dengan alat kawalan ini dapat berfungsi pada tahap yang optimum.

Selebihnya »

Kereta Golf Pandu-Sendiri Dengan Sensor Yang Minimal

Kereta pandu-sendiri selalunya memerlukan jumlah sensor yang banyak, kompleks dan mahal untuk membantu komputer memandu kereta. Satu eksperimen menggunakan kereta golf (golf cart) pandu-sendiri dengan hanya beberapa sensor telah dilakukan baru-baru ini di taman awam di Singapura selama 6 hari oleh ahli-ahli dari Singapore-MIT Alliance for Research and Technology (SMART). SMART adalah koloborasi diantara Michigan Institute of Technology (MIT), Amerika Syarikat dan beberapa universiti di Singapura.

Selebihnya »

Bateri Lithium-ion Lutsinar Yang Boleh Dicaj Dengan Cahaya Matahari

Hampir setiap hari, pelbagai alat atau gajet baru akan dilancarkan oleh syarikat-syarikat teknologi. Semua alat dan gajet ini mempunyai satu persamaan – semuanya memerlukan kuasa elektrik untuk berfungsi. Tetapi teknologi bateri selama ini nampak seperti tidak berganjak sejajar dengan kemajuan alat-alat elektronik yang memerlukannya untuk berfungsi. Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik dari Universiti Kogakuin di Jepun telah mempamerkan bateri lithium-ion yang bukan sahaja hampir lutsinar, tetapi boleh dicaj semula dengan cahaya matahari.

Selebihnya »

Kamera Paling Canggih Di Luluskan Untuk Teleskop Angkasa

Anda merasakan kamera DSLR anda sudah cukup hebat? Hebat macam mana pun, mestilah tidak boleh lawan kamera yang baru sahaja diluluskan oleh Jabatan Tenaga Amerika Syarikat untuk dibina – kamera digital dengan resolusi 3.2 gigapixel. Kamera yang dijanjikan sebagai yang paling canggih di dunia ini adalah sebahagian daripada Large Synoptic Survery Telescope (LSST). Dengan resolusi yang sangat besar itu, lebih banyak cahaya yang dapat diserap berbanding mana-mana teleskop di muka bumi ini – penting untuk mencari asteroid yang malap dan memahami ‘dark energy’ sebagai contoh. LSST ini akan ditempatkan di puncak bukit Cerro Pachón di Chile dan akan mula beroperasi pada tahun 2022.

Selebihnya »

Immortus – Sportscar Pertama Dunia Dikuasai Tenaga Solar

Sebuah syarikat startup kereta elektrik dari Australia bernama EVX dengan kerjasama penyelidik dari Universiti Teknologi Swinburne di Melbourne, Australia sedang membangunkan sportscar pertama di dunia yang dikuasai oleh tenaga solar. Walaupun kereta ini boleh juga dicaj tenaganya dari sumber elektrik di rumah, dengan bumbung yang dipenuhi panel solar, Immortus akan dapat dibekalkan dengan tenaga yang banyak untuk perjalanan panjang di jalan raya. Website EVX dengan bangganya menyatakan “Kebolehan untuk bergerak dengan kuasa matahari dan membekalkan tenaga tersebut untuk kegunaan lain masa menjadikannya sebagai kereta yang dapat bertahan tanpa batasan secara praktikalnya.” 

Selebihnya »