Sains

Tiga Taufan Kategori 4 di Lautan Pasifik Serentak

Buat pertama kalinya dalam sejarah meteorologi, tiga taufan kategori empat telah muncul di Lautan Pasifik pada masa yang sama. Taufan-taufan yang dinamakan Taufan Kilo, Ignacia dan Jimena itu memberi ancaman kepada kepulauan Hawaii, Jepun, Filipina dan Taiwan. Mengikut laporan Saluran Cuaca Amerika Syarikat, penemuan ini juga boleh dikatakan satu lonjatan kerana sebelum ini tiga taufan kategori 3 pun tidak pernah direkodkan.

Selebihnya »

Tisu Jantung Sintetik Yang Melekat Seperti Velcro

Sekumpulan saintis berjaya menghasilkan tisu jantung sintetik dalam bentuk lapisan dan mampu melekat sesama sendiri seakan-akan velcro berdasarkan satu kajian terbaru yang diterbitkan di Science Advances. Setiap lapisan tisu itu juga akan sentiasa dalam keadaan baik apabila dilekat dan dicabut sesama sendiri.

Selebihnya »

Rama-rama di Angkasa Hasil Tangkapan Teleskop Hubble

Siapa sangka, ada rama-rama di angkasa. Oh tidak, ini bukan serangga rama-rama, tapi imej Nebula menakjubkan hasil tangkapan teleskop Hubble. Nebula, menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4 bermaksud kepulan gas dan zarah yang kelihatan seperti tompokan cahaya yang kabur di langit pada waktu malam.

Selebihnya »

Vaksin Selsema Universal untuk Semua Jenis Virus Influenza

Virus yang menyebabkan selsema bukanlah berpunca dari satu jenis virus sahaja, tapi dari bermacam jenis virus. Vaksin selsema terbaru selalunya terpaksa di formulasikan setiap tahun untuk melawan variasi jenis virus yang terbaru dan yang paling menonjol. Berdasarkan dua kajian berlainan diterbitkan di Nature Medicine dan Science, saintis semakin hampir menghasilkan satu vaksin yang dapat melindungi dari pelbagai jenis virus selsema.

Selebihnya »

Sel Kanser Mungkin Dapat Diprogram Jadi Normal Semula

Beza antara sel kanser dan tisu badan normal yang sihat adalah hanya pada kadar penumbuhan yang tidak normal oleh sel kanser. Disebabkan ini, rawatan seperti kimo tidak dapat secara efektif hanya membunuh sel kanser. Baru-baru ini, sekumpulan penyelidik telah berjaya memprogramkan sel-sel kanser dari payudara dan pundi kencing untuk tumbuh secara normal semula di dalam kajian makmal meraka.

Selebihnya »

Angkasawan ISS Cuba Cara Baru Tapis Urin Jadi Air Minuman

Air adalah sangat penting untuk kehidupan manusia termasuk angkasawan yang tinggal di angkasa. Menghantar air dari muka bumi ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) adalah satu perkara yang sangat memeningkan kepala jurutera dan kosnya pula sangat tinggi. Jadi, kitar semula air di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) oleh angkasawan adalah satu perkara yang amat penting. Sistem kitar semula air yang ada di ISS sekarang adalah canggih dan teknologinya digunakan di atas bumi di kawasan-kawasan ketandusan air seperti di Afrika. Walaubagaimanapun, penapis utama sistem itu ada yang sampai berat 150kg untuk satu penapis dan mesti kerap diganti sebab selalu tersumbat dengan molekul-mokelul yang tak diingini.

Selebihnya »