Guna Sutera Untuk Simpan Sampel Darah

Kepompong ulat sutera. Kredit Aram Boghosian.

Apabila disebut sutera, kain sutera selalunya akan menjadi perkara pertama yang datang dalam fikiran kita. Berdasarkan satu kertas kajian yang baru diterbitkan, sutera juga boleh digunakan untuk memelihara sampel darah yang diambil untuk sesuatu ujian diagnosis.

Diagnosis ke atas sampel darah yang diambil oleh doktor atau jururawat bergantung pada protein tertentu di dalam darah itu. Setelah keluar dari badan, protein tersebut boleh rosak akibat enzim dari dalam darah ataupun suhu persekitaran. Proses itu boleh dilambatkan dengan menyejukkannya ataupun dengan mengeringkannya ke atas sejenis kadbod khas. Teknik darah kering itu — teknik yang paling biasa digunakan, walau bagaimanapun selalunya tidak mengandungi darah yang mencukupi untuk dianalisakan setelah sampai di¬†makmal.

David Kaplan, seorang jurutera bio dari Universiti Tufts, Amerika Syarikat yang sebelum ini berjaya menggunakan sutera untuk menghasilkan vaksin dan ubat antibodi tanpa perlu disejukkan, berjaya memelihara sampel darah menggunakan sutera walaupun pada suhu yang tinggi. Teknik menggunakan sutera ini didapati berjaya memelihara lebih banyak protein berbanding teknik penyejukan dan pengeringan darah di atas kadbod.

Walau bagaimanapun, teknik ini masih lagi di dalam peringkat awal kajian. Pelbagai jenis ujian perlu dijalankan untuk membuktikan keberkesanan dan keselamatannya sebelum boleh digunakan oleh doktor di hospital.

Sumber : STAT, Engadget