Kayu Ini Lutsinar Dan Boleh Dihasilkan Dengan Murah

kayu_lutsinar_KTH

Cermin tingkap yang diperbuat dari kayu?

Ia mungkin menjadi kenyataan pada masa hadapan dengan hasil kajian oleh sekumpulan saintis dari Sweden. Saintis-saintis tersebut berjaya menghasilkan kayu yang boleh dilihat menerusinya (lutsinar) menggunakan teknik yang mereka percaya senang untuk dibesarkan skala pembuatannya.

Kayu lutsinar ini dihasilkan dengan mengupas keluar semua serat kayu semula jadi dari dinding sel bahan kayu itu pada mulanya. Ini akan menghasilkan bahan yang berwarna putih, tetapi tidak lutsinar. Bahan itu kemudiannya akan diterapkan dengan polimer lutsinar yang dipanggil sebaga PMAA (prepolymerized methyl methacrylate) untuk memberi bahan tersebut kadar lutsinar sehingga 85 peratus.

“Kayu lutsinar adalah bahan yang bagus untuk sel solar, kerana ianya kos rendah, senang didapati dan merupakan sumber yang boleh diperbaharui. Ini menjadi penting terutamanya bagi meliputi sebahagian besar permukaan dengan sel solar,” kata Lars Berglund, ketua penyelidik dari Institut Teknologi Diraja KTH di Stockholm, Sweden.

Pasukan penyelidik itu seterusnya ingin menaikkan skala proses pembuatan untuk memastikan kayu lutsinar itu senang dihasilkan dan pada kos yang rendah. Mereka juga akan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis kayu untuk melihat sama ada mereka boleh meningkatkan lagi kadar lutsinarnya.

Bukan sahaja bahannya berasal dari sumber yang boleh diperbaharui, tetapi ia juga mempunyai sifat mekanikal yang sangat baik seperti kekuatan, ketahanan, ketumpatan yang rendah, dan kadar konduksi haba yang rendah.

Anda berminat dengan tingkap ‘cermin’ kayu?

Sumber : Science Alert, Science DailyBiomacromolecules