VIDEO : Robot Dibuli Oleh Manusia, Demi Sains

Atlas-dibuli

Atlas adalah antara salah satu robot yang mengagumkan hasil rekaan Boston Dynamics. Atlas adalah antara robot yang paling banyak digunakan sebagai asas rekaan bagi peserta-peserta Cabaran Robotik DARPA pada tahun lepas. Robot Atlas versi terbaru ini jauh lebih baik dari robot-robot yang asik terjatuh pada cabaran robotik itu.

Pada ketinggian 5 kaki 8 inci serta berat 180 paun (sekitar 80 kilogram), robot versi terbaru ini mampu mengimbangkan dirinya dengan sangat cemerlang. Selain daripada membawa robot itu menempuh beberapa ujian seperti berjalan di permukaan tidak rata dan mengangkat kotak, robot itu juga dibuli seperti ditolak jauh kotak yang hendak diangkatnya dan ditolak terus terjatuh untuk menguji kehebatan robot itu.

Lihat sahaja video di bawah di mana robot itu dibuli tanpa belas kasihan oleh manusia.

Jika robot sudah mula memberontak, mungkin pembuli jurutera penguji itu akan menjadi mangsa pertama robot-robot itu.

Sumber : The Next Web, Boston Dynamics (Youtube)