Pokok Venus Flytrap Tidak Mudah Ditipu

Venus_Flytrap_showing_trigger_hairs
Pokok Venus Flytrap dengan helaian rambutnya yang di dalam mulutnya.

Seperti pokok periuk kera, Venus Flytrap adalah tumbuhan karnivor yang memerangkap dan memakan serangga. Berdasarkan kajian terbaru, Venus Flytrap didapati boleh mengesan sama ada apa yang berada di mulutnya adalah makanannya ataupun bukan. Kajian oleh saintis dari Universiti Würzburg di Jerman mendapati bahawa mulut Venus Flytrap itu akan tertutup apabila helaian rambut atau folikel di dalam mulutnya digerakkan sebanyak dua kali atau lebih. Lebih banyak helaian rambut itu digerakkan, bermakna lebih besarlah saiz mangsa yang menghinggap di mulutnya itu.

Kekerapan helaian rambut yang digerakkan dapat membantu tumbuhan itu membezakan sama ada yang ‘menghinggap’ di mulutnya itu adalah titisan embun sebagai contoh — titisan embun yang jatuh tidak akan bergerak lagi setelah jatuh ke mulutnya, ataupun serangga — serangga biasanya akan bergerak-gerak setelah menghinggap di sesuatu tempat, dan lebih besar serangga itu, lebih keraplah ia bergerak. Dalam pada masa yang sama, tumbuhan karnivor itu didapati akan menghasilkan sejenis ‘hidrolasis’ yang boleh mencerna mangsanya pada jumlah yang besar apabila helaian rambut di mulutnya digerakkan sebanyak dua kali atau lebih.

Segala proses ini dapat mengawal penghasilan enzim oleh tumbuhan itu untuk hanya dihasilkan semasa kehadiran mangsa untuk dimakan olehnya.

Sumber : Engadget, BBC, Current Biology