Bahan Pengawet Makanan Mungkin Boleh Merawat Kanser

LactococcusLactis

Nisin adalah bahan semula jadi yang banyak digunakan sebagai bahan pengawet makanan. Ia dipanggil sebagai bakterion — sejenis protein yang melawan bakteria lain. Ia adalah bahan yang menukarkan susu menjadi keju dan yogurt. Berdasarkan kajian terbaru dari Universiti Michigan di Amerika Syarikat, nisin juga didapati mampu membunuh sel ketumbuhan (tumor) dan bakteria yang tahan dengan antibiotik.

Dalam kajian yang dilakukan, penyelidik itu memberi dos nisin tulen yang besar kepada tikus yang mengalami ketumbuhan di kepala dan lehernya selama lebih dari sembilan minggu. Sebanyak 70 hingga 80 peratus sel tumor tikus itu didapati telah dibunuh setelah tamat sesi rawatan itu tadi.

Nisin membunuh bakteria dengan memecahkan biofilem — satu koloni bakteria yang berkumpul bersama untuk melindungi diri mereka dari pembunuh bakteria yang lain — pada mulanya. Nisin kemudiannya akan menyerang setiap bakteria dengan mengikat dirinya pada bakteria tersebut dan menyekat bakteria itu dari bertindak melindungi diri sendiri. Saintis penyelidikan ini mempercayai bahawa nisin juga mungkin mengaktifkan respon imun tuan badan, lalu membantu badan itu sendiri melawan jangkitan bakteria.

Dos sebanyak 20 hingga 30 biji tablet bersaiz sebiji panadol dianggarkan diperlukan oleh manusia untuk dapat membunuh ketumbuhan dengan efektif seperti aplikasi terhadap tikus itu. Walaupun kajian hanya dapat menunjukkan keberkesanannya pada tikus buat masa ini, ini tetap boleh dianggap sebagai berita yang baik. Kita mungkin akan dapat melawan kanser dan jangkitan bakteria pada masa hadapan dengan bahan yang diperbuat dari semula jadi seperti nisin ini.

Sumber : GizmodoJournal of Antimicrobial Chemotherapy