Peneroka Marikh Mungkin Boleh Menghasilkan Sendiri Konkrit Di Marikh

Mars One 2025 settlement
Lakaran konsep penempatan di Marikh oleh pihak Mars One yang ingin mengkolonisasi Marikh satu hari nanti. Kredit Mars One.

NASA ingin membawa angkasawannya untuk meneroka Marikh pada satu hari nanti. Seperti yang kita dapat lihat dalam filem ‘The Martian‘, misi meneroka Marikh kemungkinan besar akan memerlukan satu stesyen dibina di sana untuk penempatan dan kerja-kerja penyelidikan. Penyelidik dari Universiti Northwesten di Amerika Syarikat telah menemui satu cara yang mungkin dapat membantu dalam pembinaan stesyen itu. Mereka mencadangkan untuk menghasilkan konkrit dari bahan-bahan asli yang terdapat di permukaan Marikh.

Konkrit tersebut dapat dihasilkan dengan mencampurkan tanah Marikh dengan sulfur yang telah dipanaskan sehingga cair. Setelah campuran itu sejuk, maka terhasillah satu konkrit yang sangat kuat, senang dibentuk dan boleh dikitar semula — hanya perlu panaskannya untuk digunakan semula.

Dengan penemuan ini, barang kelengkapan yang perlu dibawa untuk misi penerokaan Marikh dapat dikurangkan dengan mendadak. Ia juga adalah berita yang baik bagi pihak yang sedang cuba untuk mengkolonisasi Marikh pada satu hari nanti seperti Mars One.

Sumber : Engadget, arXiv