Saintis Berjaya Merakam Corak Aktiviti Otak Cacing Yang Bergerak

neuron-cacing

Aktiviti neuron (sel otak) dalam bentuk cahaya seekor cacing nematod semasa ia bergerak berjaya dirakamkan oleh saintis buat pertama kalinya. Kejayaan ini berpotensi untuk membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam tentang bagaimana otak berfungsi.

Untuk berjaya melihat dan merakam aktiviti neuron cacing tersebut, penyelidik dari Universiti Princeton, Amerika Syarikat itu mengubahsuai neuron tersebut untuk menghasilkan sejenis protein yang akan bercahaya apabila bertindak balas dengan kalsium. Kadar kalsium berubah apabila neuron berkomunikasi di antara satu sama lain. Oleh itu, apabila sel otak bekerja dengan berkomunikasi di antara satu sama lain, perubahan kadar kalsium itu tadi akan menghasilkan cahaya daripada protein yang diubahsuai itu.

Di dalam video di bawah, bahagian atasnya menunjukkan 77 dari 302 neuron cacing nematod itu bekerja manakala bahagian bawah video itu pula menunjukkan aktiviti dan posisi otak cacing itu dalam pada masa yang sama. Mikroskop dan perisian khas telah digunakan untuk menjejak pergerakan kepala cacing itu dalam masa-nyata manakala beberapa kamera pula digunakan untuk merakam pergerakan keseluruhan cacing itu.

“Dengan mengkaji bagaimana otak bekerja di dalam haiwan mudah seperti cacing, walau bagaimanapun, kami berharap agar mendapat gambaran bagaimana sekumpulan neuron bekerja, yang universal untuk semua otak, termasuk manusia,” kata Andrew Leifer, penulis kertas kajian ini pada Princeton News. Leifer juga menambah bahawa teknologi sebegini untuk menghasilkan rakaman yang sama di dalam manusia adalah masih lama lagi untuk menjadi realiti.

Sumber : Engadget, Princeton News, PNAS