ABC Dari Angkasa, Sotong Gergasi Jepun Dan 6 Gambar Menarik Yang Lain

Fosil Penyu Tertua

Ilustrasi fosil penyu tertua yang pernah dijumpai. Penyu jenis Desmatochelys padillai ini dipercayai hidup pada 120 juta tahun yang lalu, sewaktu dinosaur masih wujud di muka bumi ini.

Pemandangan Waktu Malam Planet Zuhal

Gambar yang diambil oleh kamera pesawat Cassini milik NASA pada 15 Januari 2015. Cassini berada pada jarak 2.4 juta kilometer dari Zuhal ketika mengambil gambar ini. Titik kecil di bahagian bawah kiri gambar ini adalah bulan planet Zuhal yang bernama Tethys.

Basikal Terlaju Didunia

Basikal Eta hasil rekaan pasukan Aerovelo ini berjaya memecahkan rekod kelajuan darat dikuasakan manusia pada kelajuan 85.71 batu sejam. 

Gambar Komet Lovejoy oleh Remaja 15 Tahun

Gambar Komet Lovejoy berlatar belakangkan Nebula NGC 896 oleh George Martin, remaja lelaki berumur 15 tahun dari UK ini memenangi pertandingan Jurugambar Terbaik Tahun 2015 oleh Insight Astronomy untuk kategori Planet, Komet dan Asteroid.

Dadu Zaman Rome

Gambar oleh Thomas Maurer ini menunjukkan dadu dan alat permainan semasa zaman Rome dahulu. Kedua-dua artifak ini dijumpai di lokasi penggalian penempatan Roman di Gernshaim, Jerman.

Peta Ketumpatan Haba 

Peta ketumpatan haba ini diambil dari laman Asean Specialised Meteorological Center (ASMC) pada 19 September 2015. Peta ini menunjukkan kawasan-kawasan yang masih terbakar di Indonesia.

Pergunungan Pluto Yang Menakjubkan

Gambar terbaru dari pesawat New Horizon milik NASA ini di ambil pada lebih kurang 15 minit selepas pesawat itu di lokasi paling hampir dengan Pluto.

Anjing Laut Menunggang Ikan Paus

Gambar yang ditangkap oleh Robyn Malcolm, jurugambar Australia ini menunjukkan seekor anjing laut yang sedang melepak di atas seekor ikan paus humpback. Lokasi gambar adalah di luar pantai Eden di selatan New South Wales.

Sistem Solar Pada Skala 11km

'Lukisan' di gurun Nevada, Amerika Syarikat oleh dua orang rakan ini menunjukkan solar sistem kita pada skala 11km. Lihat filem pendek mereka 'melukis' solar sistem ini di sini.

Artifak Meriam Dari Kapal HMS Erebus

Artifak meriam ini dari kapal HMS Erebus yang tersangkut di Artik semasa ekspedisi pada tahun 1846. Lambang di atas meriam itu adalah kod rahsia (cipher) oleh Raja George ke-III.